Baru-baru ini ada satu usahawan rempah oden viral di aplikasi TikTok? Katanya usahawan tersebut belanja RM10 ribu untuk kek sempena majlis gender reveal anaknya yang ke-4 tapi hasilnya sungguh menghampakan.

Usahawan yang dimaksudkan tidak lain tidak bukan, Cek Yana iaitu pengasas kepada Masak-Masak CekYana. Ala, pemilik kepada rempah oden viral yang banyak youtuber dan tiktokers buat review “mukbang” tu.

Majlis gender reveal bertukar tragedi!

Bakal menimang cahaya mata perempuan yang pertama, ibu mana yang tak teruja nak sambut kelahiran bayi perempuan sulung dalam keluarga yang dah ditunggu-tunggu sekian lama.

Maka tidak hairanlah, ibu kepada 3 cahaya mata lelaki ini sanggup berbelanja besar untuk sambutan majlis gender reveal tersebut.

https://www.tiktok.com/@cekyanaofficial/video/7017561354752085274

Betul kata orang, malang tidak berbau. Majlis istimewa yang diharapkan menjadi kenangan manis dan terindah buat usahawan tersebut bertukar menjadi satu tragedi apabila dirinya terkejut besar kerana kek yang ditempah, indah khabar daripada rupa.

Siapa sahaja yang tidak terkilan dan kecewa apabila kek yang diterima lain benar hasilnya. Tidak sama langsung dengan lakaran. Kalau kami pun confirm melenting. Ye la! Harga kek bukan murah, RM10,000 ya.

https://www.tiktok.com/@cekyanaofficial/video/7018823011251866907

Merasakan dirinya ditipu dan kek yang diterima tidak setimpal dengan wang yang telah dibelanjakan, CekYana berkongsi moment tersebut dengan pengikutnya di aplikasi TikTok untuk mengelakkan situasi tersebut berulang kembali.

Kek macam budak form 1 pun boleh buat- Netizen

Rata-rata netizen juga tidak berpuas hati melihat kek yang dihasilkan. Bukan apa, hasilnya lain sangat berbanding dengan apa yang dijanjikan.

Sepatutnya kek yang dihasilkan menyerupai Istana Melayu dan Istana Korea tapi boleh pulak baker main tampal sahaja gambar Istana Melayu dan Istana Korea. Dah la tu, kek rapuh bila dipotong. Tak moist langsung.

Tetap teruskan upacara gender reveal

Walaupun kecewa, majlis tetap diteruskan dan CekYana mengumumkan jantina anaknya secara live di Facebook dan Tiktok. Bukan itu sahaja, dalam masa yang sama CekYana juga telah bernazar untuk menaja dua orang pengikutnya untuk bersalin di hospital swasta Andorra jika mereka turut mendapat anak perempuan.

Selain itu, lima ibu hamil bertuah turut dipilih untuk memenangi hadiah wang tunai bernilai RM500.

Lancarkan produk baru

Dalam majlis tersebut, CekYana turut melancarkan produk terbaharu keluaran Masak Masak CekYana, iaitu rempah Odeen Kimchi dan Sup Steamboat. Jika sebelum ini, rempah odeen hanya ada 2 perisa iaitu rempah Odeen Original dan Extra Hot Spicy, sekarang CekYana tambah 2 lagi variasi rasa baru untuk anda semua.

Menurut CekYana, dia berharap dengan adanya empat jenis rempah kuah odeen, anda boleh pilih mana satu rempah yang betul-betul kena dengan tekak anda. Jadi, bila anda makan, anda puas hati dan rasa nak repeat lagi.

Lebih istimewa, sempena majlis ini juga CekYana share butiran Peraduan Happy Hour Sale dimana pelanggan setia rempah odeen viral yang membuat pembelian minima RM29 berpeluang memenangi pelbagai hadiah awesome termasuklah  iPhone 13, dishwasher Toshiba dan banyak lagi.

Nak tahu butiran lanjut mengenai peraduan ini, anda boleh klik link ini. Bagi anda yang teringin nak cuba produk keluaran CekYana, anda boleh dapatkan produk-produk keluaran Masak-Masak CekYana melalui ejen sah dan HQ Masak-Masak CekYana.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan video ‘trending’ di TikTok. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

Ditinggal Kerana Kulit Gelap, ‘Glowup’ Gadis Ini Buat Netizen Risau

‘Berniaga Bukannya Mengemis’- Tindakan Baim Wong Marah Pak Cik Tua Raih Pelbagai Reaksi Netizen