Setiap satu karya seni memiliki ceritanya tersendiri dan pastinya bagi anda yang sering menghayati karya-karya seni tahu menghargai usaha dan kreativiti pengkarya seni.

Terdapat pelbagai karya seni yang dipamerkan di Balai Seni Negara antaranya adalah karya Da Vinci dan karya pertandingan Bakat Muda Sezaman. Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini kecoh di media sosial apabila ada yang mendakwa bahawa terdapat karya Bakat Muda Sezaman ‘dicabuli’ oleh pengunjung.

Digi Cover
HYPE
Kerana Projek FOOTBRAILLE, OKU Penglihatan Kini Boleh ‘Tonton’ Perlawanan Bola Sepak
Baca lagi →

Melalui perkongsian pengguna Twitter @shufitri, kita dapat lihat bahawa ada karya yang telah pecah dimana ini adalah sesuatu yang menyedihkan kerana karya yang dibina dengan titik peluh pengkarya musnah kerana sikap pengunjung yang tidak bertanggungjawab.

Benar, ada karya yang membolehkan anda untuk pegang dan menggunakan deria sentuhan dan rasa anda agar dapat memahami karya tersebut. Akan tetapi, ada juga karya yang ‘fragile’ dan tidak boleh disentuh.

Selain itu, isu ini juga telah mendapat perhatian netizen. Malah, ada yang mengatakan bahawa segelintir yang datang bukanlah menghargai karya tetapi perosak karya.

Isu yang terjadi ini sedikit sebanyak menunjukkan bahawa kesedaran etika di galeri masih rendah dalam kalangan masyarakat. Bukanlah semua yang tidak tahu tetapi segelintir yang tidak tahu ataupun peka dengan keadaan sekeliling menjadi punca karya-karya ini rosak sebelum pameran tamat.

Pengunjung sepatutnya secara common sense perlu tahu di ruang pameran seni, pengunjung tidak dibenarkan menyentuh sebarang karya seni walaupun untuk tujuan bergambar. Jika ada barang pameran yang tidak membolehkan anda untuk menyentuhnya, pasti ada sebab terutamanya untuk elak karya seni tersebut rosak.

Jika anda berkunjung ke mana-mana galeri seni selepas ini, berhati-hatilah supaya tidak merosakkan karya seni yang sedang dipamerkan.

Anda Mungkin Suka