Apabila tibanya hari ulangtahun kelahiran, pasti anda mahu menyambutnya bersama keluarga, rakan dan juga orang tersayang, bukan?

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @pastelphoenixx telah memuat naik sebuah video memaparkan situasi ‘awkward’ yang berlaku ketika majlis hari jadinya apabila majlis untuk meraikannya seperti ‘dirompak’ oleh rakannya sendiri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://www.tiktok.com/@pastelphoenixx/video/7130980675796110619?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1&item_id=7130980675796110619

Ketika majlis tersebut, secara tiba-tiba rakannya menyanyikan lagu hari jadi tetapi rupanya bukan untuk dirinya tetapi sebenarnya untuk salah seorang rakannya yang lain dan teman lelaki rakannya itu datang membuat kejutan.

Hal ini membuatkan dirinya berasa terkejut dan juga ‘awkward’ kerana sepatutnya majlis itu meraikan dirinya tetapi sebaliknya yang berlaku serta rakannya tidak membayar wang pun untuk majlis tersebut.

https://www.tiktok.com/@pastelphoenixx/video/7131192302780960026?_r=1&_t=8Un0TVZjrX7&is_from_webapp=v1&item_id=7131192302780960026

Dalam satu perkongsian lain, gadis tersebut selain ‘set up’ majlis dan makanan dibayar oleh teman lelakinya, dia turut mendedahkan bahawa teman lelakinya membayar kereta sewa untuk rakan-rakannya supaya dapat hadir ke majlis terbabit.

Difahamkan, kereta sewa tersebut telah dikenakan caj lebih RM400 atas beberapa kesalahan dibuat rakan-rakannya seperti saman parking dan sebagainya. Malah, teman lelaki gadis itu telah membayarkan terlebih dahulu kerana rakan-rakannya itu tidak mempunyai wang ketika itu untuk membayarnya.

Selepas sebulan berlalu, masih tiada khabar daripada rakan-rakannya dan gadis itu mengambil keputusan untul viralkan isu terbabit.Perkongsian tersebut juga telah meraih perhatian ramai orang dan rata-rata netizen mengecam tindakan rakan-rakan gadis tersebut yang dilihat biadab serta tiada ‘common sense’.

https://twitter.com/auniO_O/status/1558441412516974593

Malah, para netizen juga berpendapat hal ini tidak sepatutnya terjadi dan berharap gadis itu tabah terpaksa berdepan dengan situasi tersebut. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 4 juta tontonan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

‘Healing To Missing’ – Pengalaman Gadis Ini Sesat Berseorangan Di Pantai Sejauh 7KM Curi Tumpuan Netizen

Sifu Bisnes ‘Claim’ Kejayaan Usahawan, Wanita Ini Dedahkan Pengalaman Dijemput Ke Seminar Pemasaran