Terbaharu, Norlia Ghani iaitu seorang pelakon telah meluahkan rasa kecewa terhadap sikap kurang berdisiplin segelintir penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR).

Menurutnya, beliau yang sudah tiga tahun tinggal di kawasan PPR di Cheras akuiĀ geram dengan warga asing yang tidak menghormati undang-undang negara dan juga seringĀ berdepan masalah parkir dan lif rosak.

Sebelum dirinya berpindah ke kawasan PPR tersebut, dirinya tidak pernah berdepan dengan situasi seperti itu dan jika diberi peluang untuk berpindah ke kawasan PPR yang lain.

Tambahnya, dirinya turut pernah mengadukan permasalahan seperti lif rosak dan jiran bertukang pada waktu malam kepada ketua blok, namun tiada sebarang tindakan diambil.

Walaupun berdepan dengan masalah ini tetapi dirinya masih berterima kasih atas keprihatinan kerajaan memberikannya rumah berkenaan. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan artikel berkaitan kawasan miskin bandar di Pulau Pinang yang dipenuhi sampah.

Pengotor Atau Sebaliknya? Koleksi Foto Kawasan Miskin Bandar Di Pulau Pinang Buka Mata Rakyat Malaysia

Terlalu Kotor Dan Berbau, MAINJ Diminta Bersihkan Rumah Transit Keluarga Asnaf

Tinggalkan Najis Dan Bil Tidak Berbayar, Tuan Rumah Dedah Sikap ‘Penyewa Dari Neraka’

Sumber