KFC merupakan antara restoran makanan segera kegemaran ramai rakyat Malaysia disebabkan rasa ayam gorengnya yang enak. Adakah anda pernah menerima ayam KFC bersaiz kecil?

Terbaharu, sebuah video di TikTok @syedot_asmr tular dimana beliau meluahkan rasa kecewanya apabila ayam KFC dibelinya bersaiz kecil. Dalam video tersebut, beliau membandingkan ayam diterimanya dengan paket sos cili yang disertakan dan melihat saiznya sama membuatkannya bertambah sedih.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
@syedot_asmr

kenapa ayam kfc macam ni ekk sekarang? Sedih lah harga makin mahal kot! 😩 #fyp #foryou #foryoupage #foryourpage #fypdongggggggg #fypgakni #mukbang

♬ original sound – CEO of Asmr Mukbang – SYEDOT ASMR

Harga makanan di KFC yang dilihat sudah meningkat dan menerima ayam bersaiz kecil adalah sesuatu yang tidak boleh diterima. Video tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata netizen turut bersimpati dengan lelaki tersebut.

photo_2021-06-29_11-01-31

photo_2021-06-29_11-01-37

photo_2021-06-29_11-01-40

Malah, ada juga netizen turut bersetuju bahawa saiz ayam KFC kini sudah kecil berbanding sebelum ini dan masalah ini sebenarnya mengikut cawangan KFC tertentu. Ini kerana, ada sahaja cawangan KFC yang menjaga kualiti dan mengikut prosedur.

Bukan itu sahaja, segelintir netizen turut berkongsi pernah mengalami nasib yang sama dengan lelaki itu. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut sudah meraih 1.3 juta tontonan.

Sementara itu, bekas pekerja KFC dedahkan tindakan yang anda boleh lakukan sekiranya menerima ayam bersaiz kecil. Klik sahaja pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Bekas Pekerja KFC Dedah Tindakan Sekiranya Menerima Ayam Bersaiz Kecil

10 Kek Secret Recipe Anda Wajib Cuba Saranan Staf Mereka

8 Air Tealive Yang Perlu Anda Cuba Seperti Yang Dikongsikan Oleh ‘Tearista’ Mereka