Ketika ini, ibu bapa pasti bimbang akan perkembangan anak-anak dimana terpaksa belajar dari rumah sahaja. Sebenarnya inilah saatnya untuk anda tahu bakat atau skil yang ada pada anak-anak anda.

Terbaharu, seorang pengguna Facebook Fadhil Zainuddin telah berkongsi beberapa gambar anaknya yang menjual lukisan di depan rumah dengan harga RM1 sahaja.

Bercakap kepada The Vocket, Fadhil Zainuddin mengatakan bahawa dirinya hanya melayan permintaan anak sulungnya, Alya Aqeela berusia 7 tahun dan ditemani adiknya, Alya Adeela berusia 3 tahun untuk menjual lukisan tersebut.

Tidak sangka, 6 lukisan yang dilukis sendiri oleh Alya Aqeela habis terjual dan difahamkan mahu menjual lagi pada hari ini. Perkongsian tersebut mendapat perhatian netizen dan rata-rata memuji Alya Aqeela kerana sudah mula menunjukkan minat untuk menjalankan perniagaan.

Bukan itu sahaja, para netizen turut memuji kesungguhan Alya Aqeela untuk menjual hasil seninya itu dan mendoakan agar semangatnya kekal untuk menjadi usahawan berjaya atau seorang pelukis kelak.

Malah, cara didikan dan sokongan daripada ibu bapa Alya Aqeela turut meraih pujian ramai. Para netizen mengatakan sebagai ibu bapa haruslah sentiasa menyokong minat anak-anak dan memberikan dorongan terutama sekali dalam keadaan sekarang dimana perlu jalani sesi PdPR di rumah.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

‘Macam Tudung Saji’- Peniaga Ini Kecewa Segelintir Rakyat Malaysia Perlekeh Perisai Rotan Tradisional

Tidak Sengaja Dibuang, Wanita Ini Nekad Selongkar Lori Sampah Demi Mencari Barangan Kemasnya

Jual Lukisan Berharga 50 Sen Di Shopee, Hasilnya Buat Netizen Terhibur