Ketika ini, pandemik yang melanda negara bukan hanya menjejaskan mereka yang dijangkiti penyakit, tetapi ia turut menjejaskan semua orang. Walaupun ramai yang terpaksa menyerah pada situasi ini, tapi masih ramai lagi yang mampu bertahan dan memerlukan sokongan kita.

Sebagai rakyat prihatin, kita boleh menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan. Lagipun saat macam inilah kita sebagai rakyat Malaysia perlu berkerjasama dan menyokong antara satu sama lain, bagi meningkatkan semangat untuk terus maju!

Mari kami kongsi cara yang anda boleh buat untuk sokong dan bantu sesama rakyat ketika pandemik ini. Jom!

1. Bantu untuk share perniagaan mereka

harga-penjaja-756×560-1

Macam yang anda semua tahu, peniaga kecil-kecilan lebih terkesan secara langsung ketika pandemik ini. Mana nak tanggung kos yang besar lagi, nak cari mata pencarian lagi. Memang sesuatu yang sangat mencabar kan?

Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk bantu mereka? Mestilah dengan berbelanja atau membeli produk yang mereka jual. Dah guna atau makan? Share di Facebook, Instagram, Twitter bagi lagi ramai tahu. Dengan cara ini, mungkin sikit sebanyak dapat naikkan semangat mereka untuk berniaga.

2. Buat aktiviti kebajikan untuk bantu mereka yang memerlukan

81598482928_KebajikanNegeriKed

Selain itu, anda juga boleh berganding bahu dalam membuat aktiviti kebajikan. Tidak semestinya melalui badan kebajikan, anda boleh sahaja buat secara individu. Contohnya macam beri keperluan makanan, ubat-ubatan dan sebagainya.

Inisiatif ini mungkin nampak kecil bagi anda, tapi ia sangat bermakna bagi mereka yang sedang memerlukan.

3. Hantar makanan, bagi hadiah atau video call bersama!

fitur-telegram-video-call-group-20210628052357

Ini yang paling penting tau! Bila berdepan dengan cabaran pandemik atau pun masalah, ia akan terkesan dari segi mental dan emosi. Ini disebabkan ada yang terpaksa berjauhan daripada keluarga, tidak dapat keluar bekerja dan macam-macam lagi.

Oleh itu, cara yang sesuai untuk anda bantu mereka adalah dengan beri sokongan moral antara satu sama lain. Walaupun tidak boleh berjumpa secara bersemuka, tapi anda boleh sahaja tunjuk rasa kasih sayang anda itu dengan tonton filem bersama secara dalam talian ataupun video call supaya mereka berasa lebih lega, disamping meluahkan perasaan yang mereka sedang lalui.

Sama macam video muzik PETRONAS ini, anda mesti boleh relate situasi macam ini kan?

Sempena Hari kebangsaan yang bakal tiba tidak lama lagi, kita sebagai rakyat Malaysia perlulah menunjukkan sifat saling membantu dan meringankan beban sesama sendiri. Sebab harapan kita semuanya sama hanya mahu melihat masa depan yang lebih baik buat semua.

Sama macam video muzik ‘Demi Cinta’ yang dihasilkan oleh PETRONAS ini. Anda mesti boleh relate punya. Dimana ia bertemakan tentang perjuangan bagi membebaskan Malaysia daripada cengkaman pandemik.

BeFunky-collage-60-scaled

Video tersebut disampaikan dengan lirik lagu dan melodi yang penuh semangat serta mengetengahkan kisah empat watak utama daripada latar belakang hidup yang berbeza dalam waktu yang sukar ini. Tak kiralah dari agama, bangsa yang berlainan, kita mesti kena bersatu walau apa jua keadaan sekali pun.

Berpeluang dapat pek stiker, berduet bersama penyanyi & sertai cabaran instrumen melalui muzik video mereka!

BeFunky-collage-62-scaled

Paling best, anda boleh mula untuk dapatkan pek stiker ‘Demi Cinta’ yang sangat comel ini untuk dikongsi dengan keluarga dan kawan-kawan sempena sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia.

Dalam pek yang sama, anda juga boleh muat turun latar belakang Google Meet dan Zoom. Bila video call keluarga dan rakan-rakan nanti, bolehlah guna latar belakang yang baru! Senang sahaja, anda boleh klik di sini untuk muat turun stiker, dan klik sini untuk dapatkan latar belakang.

BeFunky-collage-63-scaled

Selain itu, anda juga berpeluang untuk berduet bersama penyanyi Vanessa Reynauld di Tiktok serta IG. Kalau video anda itu best, PETRONAS akan memilih dan menyiarkan semula duet terbaik anda nanti. Wow!

Eh bukan itu sahaja, ada lagi! Anda boleh sertai cabaran instrumen yang dianjurkan juga di Tiktok dan IG, dimana anda digalakkan untuk mencuba dan menggunakan alat instrumen yang anda tahu untuk dimainkan bersama dalam web filem PETRONAS.

Mana tahu dengan inisiatif ini dapat bantu kita untuk saling bersatu dan bergerak kehadapan dalam membantu sesama rakyat. Nak tau lebih lanjut, anda layari laman web PETRONAS atau pun melalui Facebook dan Instagram mereka!

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah. 

Teruk Diserang Netizen Malaysia, Facebook Kedutaan Ukraine Tutup Ruangan Komen

‘Semalam Bila Rosak?’- Reaksi Pekerja Pizza Hut Bersabar Dengan Pertanyaan Pelanggan Raih Perhatian Netizen

Al-Quran Dikoyak Dan Tinggalkan Najis, Perbuatan Khianat Di Surau Ini Buat Netizen Bengang