Semalam, tular video menunjukkan pergaduhan sekumpulan lelaki di hadapan Plaza Low Yat. Video tersebut mendapat perhatian umum dan mencetuskan spekulasi dalam kalangan netizen.

Difahamkan, 42 individu ditahan dipercayai terbabit dalam pergaduhan di hadapan Plaza Low Yat. Malah, pergaduhan membabitkan sekumpulan lelaki itu dipercayai mempunyai kaitan dengan perebutan pelanggan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah telah mengesahkan kejadian berkenaan dan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat. Siasatan awal mendapati pergaduhan itu berlaku disebabkan tidak puas hati pelanggan diambil peniaga lain dan tiada kaitan dengan pergaduhan antara kaum.

Pihak Plaza Low Yat juga mengeluarkan kenyataan bahawa pihak pengurusan tidak menyokong sebarang aktiviti keganasan dan telah ‘banned’ mereka yang terlibat dalam pergaduhan daripada memasuki premis Low Yat.

Malah, pihak Plaza Low Yat juga bersyukur tiada pengunjung yang tercedera disebakan kejadian yang berlaku. Apakah pandangan anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah ini.

Laman Web Isharefans Sah ‘Lesap’, Ramai Tertipu Dan Rugi Sehingga RM10,000

Polis Terima 6 Laporan Cabul Dan Rogol Gadis, Pendakwah Selebriti Ditahan Sekali Lagi

Sumber