Sejak penularan wabak pandemik COVID-19, boleh dikatakan petugas barisan hadapan terutamanya petugas kesihatan tidak dapat berehat kerana perlu bertungkus lumus untuk menyelamatkan mereka yang dijangkiti wabak tersebut.

Pada 27 Julai 2021, satu gerakan dikenali sebagai Hartal Doktor Kontrak telah dilaksanakan di seluruh negara dimana para doktor kontrak memakai baju berwarna hitam sambil memegang plakad dengan slogan ‘memberontak tetapi mengutamakan pesakit’ disertai tanda pagar #justiceforjuniordoctors #hartal #kontrak.

Difahamkan, lebih 100 doktor kontrak di setiap hospital di seluruh negara menyertai perhimpunan aman Gerakan Hartal Doktor Kontrak bagi mengetengahkan beberapa tuntutan kepada kerajaan.

Perhimpunan tersebut berlaku serentak di kesemua fasiliti kesihatan di seluruh negara untuk mendesak kerajaan menyerap doktor kontrak menjadi pengamal perubatan tetap di Kementerian Kesihatan (KKM). Langkah ini diambil selepas tidak mendapat maklum balas sewajarnya berhubung permasalahan tersebut oleh kerajaan.

Sejak 2016, seramai 786 pegawai perubatan sahaja dilantik secara tetap, manakala selebihnya berkhidmat secara kontrak walaupun kerajaan pernah mengatakan 60% hingga 70% doktor kontrak akan diserap jadi doktor tetap.

Topic : Justice For ThemSeperti yg mungkin anda ketahui, tepat jam 11 pagi tadi doktor kontrak seluruh Malaysia telah…

Posted by Say Shazril Shaharuddin on Monday, July 26, 2021

Malah, para doktor kontrak bertegas dengan tuntutan mereka iaitu jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap, termasuk cuti dan faedah.

Untuk pengetahuan anda, doktor kontrak tidak mendapat faedah yang sama dengan pengamal perubatan tetap. Walaupun beban kerja mereka sama tetapi mereka tidak dapat pilihan membuat pinjaman rumah, memohon lanjutkan pelajaran di peringkat Master bagi meningkatkan karier dan turut menerima elaun yang kurang.

Bukan itu sahaja, tidak ada kriteria telus yang jelas atau penilaian yang tepat untuk pemilihan jawatan tetap. Pada Jumaat lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak pegawai perubatan dan pergigian bagi tempoh maksimum empat tahun ke atas.

IMG-20210726-WA0002_1627287182

Malah, ini termasuk mereka diterima bekerja mengikut pengajian kepakaran dalam tempoh dua tahun pertama kontrak masing-masing. Akan tetapi, melanjutkan pelantikan kontrak tidak akan membantu menyelesaikan masalah kerana apa yang diperlukan adalah jaminan pekerjaan beserta faedah selayaknya diterima mereka.

Menerusi laporan, Dr Mustapha Kamal A Aziz, menyifatkan gerakan terbabit berjaya menganjurkan perhimpunan berkenaan walaupun menerima banyak ugutan daripada pelbagai pihak.

Berbicara mengenai ugutan diterima kumpulan doktor kontrak itu, Dr Mustapha Kamal berkata, mereka berdepan kemungkinan dibuang daripada pendaftaran, mengikut Seksyen 30 Akta Perubatan 1971.

Gerakan Hartal Doktor Kontrak ini hasil daripada sistem yang gagal, bukan penyebabnya dan para petugas barisan hadapan berhak mendapatkan yang terbaik.

Sebelum ini, KKM turut memberi bayangan sistem kesihatan Malaysia akan lumpuh. Klik pautan di bawah untuk ketahui lanjut.

KKM Beri Bayangan Sistem Kesihatan Malaysia Berada Di Ambang Lumpuh

Barisan Doktor Pakar Rayu Kepada Kerajaan, Pengurusan COVID-19 Di Malaysia Tak Terkawal

Pengumuman Seperti Dalam Penerbangan, Sukarelawan Pusat Vaksin Di Shah Alam Curi Tumpuan Ramai

Anda Mungkin Suka