Sabtu lalu, seekor gorilla di Cincinnati Zoo & Botanical Garden ditembak mati kerana seorang budak berusia 4 tahun jatuh ke dalam kandang gorilla itu.

Harambe bersama budak yang jatuh ke dalam kandangnya.
Harambe bersama budak yang jatuh ke dalam kandangnya.

Harambe, gorilla berusia 17 tahun adalah dari spesis yang terancam dan berita tentang kejadian ini mendapat perhatian yang pelbagai. “Kami terpaksa menembak mati Harambe kerana peluru pelali hanya akan membuatkan gorilla itu menjadi lebih tidak terkawal dan memburukkan lagi keadaan. Dalam kejadian seperti ini, nyawa budak itu adalah lebih penting,” kata Thane Maynard, direktor di Cincinnati Zoo.

Penduduk tempatan dan pencinta haiwan menyalahkan emak budak itu kerana cuai dan menyebabkan budak itu terjatuh ke dalam kandang Harambe.

harambe 1

harambe 2

Peristiwa Harambe ini sama kes seperti harimau yang ditembak mati di Chile kerana ada lelaki yang mahu bunuh diri melompat ke kandang harimau itu untuk dimakan hidup-hidup oleh harimau berkenaan. Harimau itu akhirnya ditembak mati demi untuk menyelamatkan lelaki gila itu.

Diharap peristiwa seperti ini dapat dielak daripada terjadi sekali lagi di mana-mana zoo di seluruh dunia. Sudahlah binatang-binatang ini sudah terancam, mereka ditembak pula di ‘rumah’ mereka sendiri akibat kecuaian manusia. RIP Harambe.

9gag

Sumber