Nampaknya kini Kedah akan mengikut jejak negeri-negeri lain seperti Selangor, Pulau Pinang, Johor dan lain-lain menguatkuasakan kempen Hari Tanpa Beg Plastik mulai 1 April. Ini merupakan satu inisiatif yang baik dilakukan oleh kerajaan negeri Kedah untuk menangani isu alam sekitar.

Berikutan penguatkuasaan kempen tersebut, tiada lagi penawaran beg plastik secara percuma akan diberikan, sebaliknya anda harus membayar RM0.20 untuk beg plastik. Malah, penguatkuasaan peraturan ini juga bermaksud tiada penggunaan straw dan polisterin di kedai makan secara percuma tetapi mungkin akan ada pengecualian untuk orang tua dan kanak-kanak.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
plastic-grocery-bags
Sumber: psmag

Kempen ini akan dilaksanakan pada hari Jumaat dan Sabtu. Menurut Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, caj 20 sen yang dikutip akan dikumpul dan disimpan di dalam satu dana khas yang mana dikembalikan semula kepada masyarakat melalui program tanggungjawab sosial korporat yang dijalankan dari semasa ke semasa.

Sumber