Kedah menjuarai carta penyakit kencing manis atau diabetes, manakala Perlis di tangga kedua dan Johor di tangga ketiga.

Memetik laporan daripada Astro Awani, Pengarah Jabatan Kesihatan Perlis, Dr Sirajuddin Hashim dan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) yang dilakukan setiap lima tahun sekali melaporkan bahawa Kedah mencatat 25.4 peratus penduduk yang mengidap kencing manis.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Manakala Perlis mencatatkan peratusan sebanyak 20.6 peratus dan Johor dengan 19.8 peratus.

Dr Sirajuddin turut menyarankan agar semua orang membuat pemeriksaan di hospital bagi mengelak daripada perkara-perkara ini berlaku.

Kedah catat angka yang lebih besar

Cabaran besar buat kerajaan negeri Kedah dalam memberi kesedaran dan mengubah cara fikir penduduknya bagi mengelak daripada penyakit ini terus berleluasa.

Tambahan daripada itu, kerajaan negeri juga perlu hadir dengan satu idea baharu bagi memberi kesedaran kepada penduduknya tentang bahayanya penyakit ini.

Fakta terbaharu yang dipetik oleh Malaysiakini melaporkan bahawa terdapat angka yang lebih besar untuk negeri Kedah.

Dalam satu laporan daripada Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Luar Bandar, Agama dan Syarikat Berkaitan Kerajaan Negeri, Kedah sebenarnya mencatatkan angka sebanyak 41.4 peratus yang menghidap penyakit itu.

Angka yang dikeluarkan sebelum ini hanya dicatatkan sebanyak 25.4 peratus bagi pesakit yang berdaftar, manakala yang tidak berdaftar dianggarkan sebanyak 16 peratus dan menjadikan angka keseluruhan sebanyak 41.4 peratus.

Angka ini memberi cabaran besar buat Kedah dalam mencari pendekatan baharu bagi memberi kesedaran kepada penduduknya bahayanya penyakit ini.

Jawatankuasa turut mencatatkan bahawa majoriti pesakit diabetes di Kedah adalah hadir daripada golongan B40.

Punca kepada kadar peratusan yang tinggi dilihat dengan kekerapan pengambilan nasi dalam pemakanan seharian.

Kerajaan negeri Kedah berharap agar orang ramai mula sedar betapa pentingnya menjaga pemakanan dan mempraktikkan gaya hidup sihat.