Hari ini menjadi detik yang bersejarah bagi Kedah apabila negeri tersebut bakal memiliki sebuah litar yang bertaraf antarabangsa yang menerima jolokan sebagai ‘The Nurburgring of the East’.

Pada pagi tadi, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor telah menandatangani perjanjian usahasama membangunkan sebuah litar kereta berkuasa tinggi yang bakal melonjak ekonomi negeri Kedah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pembinaan litar kereta yang dikenali sebagai OPen Road International Circuit (ORIC) tersebut adalah hasil kerjasama antara pemilik tanah iaitu Permodalan Kedah Berhad (PKB) dan sebuah syarikat swasta, OPen Road Asia Sdn Bhd (OPen Road).

vocket-kedah-tanda-tangani-usahasama-litar-bertaraf-antarabangsa-4
Sumber Gambar: Facebook Urus Setia Penerangan Darul Aman – UPDA
vocket-kedah-tanda-tangani-usahasama-litar-bertaraf-antarabangsa-1-1
Dato David Goh | Sumber Gambar: YouTube Urus Setia Penerangan Darul Aman

Menurut pengasas dan penasihat kumpulan ORIC, Dato David Goh, litar ini bukan sahaja mempunyai infrastruktur canggih yang memenuhi standard piawaian FIA, bahkan mempunyai resort bersepadu, hotel bertaraf 5-bintang, tempat kediaman, outlet jualan barangan dan restoran terkemuka di dunia.

ORIC juga bakal mempunyai gudang penyimpanan kenderaan, pusat pengedaran kenderaan 4S dan stesen minyak yang lengkap khas untuk peminat-peminat sukan permotoran.

Tambah beliau lagi, nilai kasar pembangunan projek ini melebihi RM1.3 bilion dijangka bakal memberikan lonjakan ekonomi berimpak tinggi serta-merta apabila siap dalam tempoh lima tahun akan datang.

vocket-kedah-tanda-tangani-usahasama-litar-bertaraf-antarabangsa-3
Muhammad Sanusi Md Nor | Sumber Gambar: YouTube Urus Setia Penerangan Darul Aman

Menteri Besar Kedah pula menyatakan usahasama ini merupakan detik yang bersejarah untuk negeri Kedah pada tahun ini. Beliau berharap projek ini bakal menjadi lokasi baru sektor pelancongan Pulau Langkawi yang boleh menarik lebih ramai pelancong luar bagi merancakkan ekonomi setempat.

“Lembaga Pengarah PKB telah mengusahakan waktu untuk membukanya di atas tanah PKB di Bukit Malut, Langkawi seluas 164.9 ekar bersekali tanah kerajaan yang ada bersebelahan seluas 19.95 ekar.

vocket-oric-1
Sumber Gambar: Openroadasia.com
vocket-oric-2
Sumber Gambar: Openroadasia.com

“Pada kesempatan ini, saya ingin mengajak setiap agensi dan jabatan yang terlibat untuk sama-sama membantu apa yang dicadangkan oleh PKB dan Open Road Asia Sdn. Bhd,” katanya ketika di majlis tersebut berlangsung di Wisma Darul Aman, hari ini.

Beliau yakin pelaksanaan projek ini di kemudian hari tidak akan meminggirkan masyarakat pada setiap peringkat bahkan lebih ramai pihak bakal menerima manfaat dari projek tersebut.

Pada awal bulan Februari lalu, terdapat ura-ura pembukaan kilang pemasangan kereta Porsche di Kulim.

Porsche Pilih Kulim Untuk Bangunkan Kilang Pemasangan Kereta?

Azmin Ali Beri Bayangan Kilang Kereta Mewah Bakal Dibangunkan Di Malaysia Tidak Lama Lagi

 

Sumber