Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Sebut sahaja Korea, mesti sudah ramai merindui makanan dan juga destinasi-destinasi tumpuan di sana. Bagi anda yang pernah berkunjung ke Korea, mesti anda pernah mencuba aiskrim setinggi 32cm yang terkenal di sekitar Myeongdong.

Terbaharu, aiskrim jenama 32 Parfait bakal buka cawangan kedai di peringkat antarabangsa dan memilih Lot 10 Bukit Bintang, Malaysia sebagai lokasi pertama. 32 Parfait merupakan kedai aiskrim yang menyajikan dessert murah dan sedap sesuai untuk setiap golongan umur.

Difahamkan, 32 Parfait di Malaysia akan membawakan pelbagai jenis perisa iaitu coklat, vanila, vanila coklat, strawberi, manga, teh hijau dan juga yogurtblue. Pastinya penggemar aiskrim tidak akan melepaskan peluang untuk nikmati aiskrim bersaiz tiga kali ganda saiz aiskrim biasa.

Bila akan dibuka masih belum diketahui kerana kedai tersebut masih lagi dalam pengubahsuaian. Adakah anda akan serbu ke 32 Parfait ini selepas dibuka?

Tahukah anda ada kafe seperti di Greece terletak berdekatan Tasik Titiwangsa? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Persis Seperti Di Greece, Kafe Di Kuala Lumpur Ini Diserbu Ramai Selepas Viral Di TikTok

5 Tempat Makan ‘Murah’ Dan Sedap Di Kota Damansara

Anda Mungkin Suka