Minggu lepas ramai yang bercerita mengenai adik beradik pengasas MR.DIY yang kini dah masuk senarai billionaire Forbes. Namun, ramai yang tidak nampak kekayaan dan kejayaan MR.DIY telah membuktikan satu perkara iaitu golongan pertengahan atau middle class makin berkurangan.

MR.DIY adalah sebuah kedai hardware yang menjual barang murah. Hari ini MR.DIY lebih ‘valuable’ daripada RHB Bank dengan nilai pasaran RM25 bilion.
Selain kekayaan MR.DIY, kita patut perhatikan trend kedai-kedai yang menjual barang murah seperti kedai RM2 telah menjadi amat popular di dalam kehidupan seharian kita.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
EcoShop_TEM1345_20201117162703_theedgemarkets
Sumber:The Edge Markets

Antara contoh kedai RM2 adalah Eco-Shop, NT Shop, Zon Jimat, Setia, Mr Save Mart, Ninso, Cheap2Shop, Super Jimat, Noko dan Mr Dollar. Kedai-kedai RM2 ni meletakkan harga untuk semua barangan bermula dari RM2. Secara asasnya mereka menjual segala bentuk barang keperluan rumah termasuklah makanan.

Kalau kita masuk ke kedai RM2 ini, kita akan lihat barisan sentiasa panjang di kaunter bayaran meskipun pada hari biasa. Jika dahulu kita selalu jumpa kedai-kedai RM2 ini di pekan-pekan kecil seperti Jengka, Jitra dan Batang Kali.

Akan tetapi sejak kebelakangan ni, sekiranya anda perasan, kedai-kedai RM2 sudah banyak dah dibuka di bandar-bandar besar seperti Kota Damansara, Shah Alam dan TTDI. Bahkan ada yang buka cawangan di dalam pasar raya besar.

Ketika banyak kedai bungkus akibat COVID-19, kedai-kedai RM2 jadi semakin banyak. Eco-Shop kini ada 158 cawangan di seluruh Malaysia. Mr Dollar, versi kedai RM2 dari MR.DIY Group pula kini mempunyai 33 cawangan dalam masa kurang 2 tahun.

Mengapa kedai-kedai RM2 semakin bertambah?

dollar-general
Sumber: PYMNTS

Fenomena pertumbuhan pesat kedai-kedai RM2 juga berlaku di seluruh dunia – termasuk di US. Di sana, kedai RM2 dipanggil dollar store. Salah satu dollar store popular di US adalah Dollar General.

Ketika ditanya kenapa Dollar General agresif menambah cawangannya, CEO mereka Todd Vasos menjawab golongan middle class semakin pupus dan Malangnya mereka pupus menjadi B40 berbanding T20. Maka, apabila ekonomi membuatkan saiz B40 semakin besar, mereka nampak peluang besar untuk tambah cawangan.

Dalam erti kata lain, kedai RM2 ini ibarat cendawan tumbuh selepas hujan apabila banyak M40 turun jadi B40. Tidak dinafikan, ada sahaja T20 yang beli barang di kedai RM2.

Namun kita tak boleh ketepikan tarikan membeli barangan murah ketika bajet kita semakin kurang. Lagi-lagi dengan pandemik COVID-19. Jika dahulu M40 shopping barang di Tesco, sekarang mereka tukar untuk shopping di Eco-Shop.

Jika dahulu M40 beli makanan ada jenama di Jaya Grocer, sekarang mereka beli makanan yang kurang berjenama di kedai RM2. Mereka tidak lagi go for the brand. They go for value. Asal ada, janji boleh pakai atau makan.

abtimg8-9
Sumber: Ecoshop

Memang bagus apabila orang ramai lebih savvy bab berbelanja tetapi hakikatnya ini petamda jelas bahawa golongan middle class or M40 semakin tertekan akibat ekonomi. T20 pula semakin kaya. Mereka beli barang dapur di pasar raya premium di Bukit Tunku, Publika atau Pavilion.

Amat jelas jurang kekayaan semakin melebar. Nampaknya golongan M40 ada dua pilihan, sama ada mereka suka atau tidak. Lambat laun jika mereka sekadar life as usual, kuasa membeli mereka hanya menjadikan mereka B40 kerana kos sara hidup meningkat dan pendapatan berkurangan seperti dapat kita lihat sekarang.

Selain itu, mereka boleh membuat sesuatu seperti bagi meningkatkan kekayaan dan aset. Dengan cara ini, kalau pun mereka tidak menjadi T20, setidak-tidaknya mereka boleh kekal sebagai M40. The choice is yours, M40.

Tular pada minggu ini apabila sebuah syarikat judi dengan selamba mempromosikan judi sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

Selamba Promosi Perjudian Sempena Aidilfitri, Iklan Syarikat Judi Ini Buat Netizen Bengang

Microsoft Label Rakyat Indonesia Sebagai Orang Paling Tidak Sopan Di Asia Tenggara, Ini Sebabnya