Teruja saya melihat senarai buku ini. Pastinya ia bagaikan syurga buku buat mereka yang sukakan bahan bacaan dalam bentuk fizikal ini, termasuk saya.

Saya sudah boleh bayangkan bau-bau kertas di kedai-kedai ini (sambil menarik nafas dan menghembusnya sehingga terukir senyuman). Deretan pelbagai buku lama yang mungkin sukar ditemui di tempat lain pasti turut menambahkan lagi semangat pencinta buku.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pasti jadi ralit melihat buku-buku di kedai sebegini sehingga berjam-jam masa berlalu tidak akan disedari. Tambah lagi dapat memiliki buku yang menarik di timbunan buku pasti timbul kepuasan di hati.

Itulah sebahagian kisah si kaki buku apabila bertemu kedai buku langka.

Baiklah.

Buat pengetahuan anda, senarai buku ini disediakan oleh Muhammad Alif Najmi di Facebook. Dengan izin beliau saya paparkan semula di sini buat panduan pembaca Vocket.

Misi Memburu Kedai Buku Langka

(kedai buku terpakai seluruh Malaysia)

Perlis
1. Ocean Used Books

Kedah
1. Languange Book Corner, Langkawi
2. Kedai Buku Fiha
3. Bistro Pustaka (cawangan Alor Setar)
4. Zone Ranger (Gerai Bergerak/FB Novel Majalah Terpakai @ En. Nizam)
5. Pasar Karat Kg. Berjaya, Alor Setar

Perak
1. Novel Hut Ipoh
2. Bistro Pustaka (cawangan Parit Buntar, akan datang)
3. Alam Bacaria (Manjung)
4. Pasar Karat Loken
5. Pasar Karat Kamunting
6. Empire Bookstore Kuala Kangsar
7. Ijjalyza Bookstore
8. Kedai Buku Shidah Medan Selera DBI Ipoh

Selangor
1. Kedai Buku Suhairin Md-Ramly Giant Stadium Shah Alam
2. Kedai Buku Terpakai Puchong Abd Abdul Halim Ismail
3. Kedai Buku Terpakai Downtown Puchong (Abd Halim Ismail)
4. Kedai Buku Bacalah Seksyen 7 Bandar Baru Bangi
5. Arenabookers Tingkat 2 Metro Point Kajang
6. Q Eazant Seksyen 9 Bandar Baru Bangi
7. Kedai Buku Puan Zainuriah Abd Rahman di belakang Kompleks PKNS Bandar Baru Bangi/Readers Heaven Coffee
8. Taman Pustaka (kedai bergerak oleh Mohd Zahamri Nizar)
9. Antique Depot Buku Malaya Petaling Jaya
10. Pasar Karat Amcorp Mall
11. Kedai Buku Terpakai Banting
12. Pasar Buku Bangi (setiap Sabtu kedua dan keempat) di ruang parking Perpustakaan Bangi

Kuala Lumpur
1. Kedai buku terpakai Pasar Seni
2. Junk Book Shop
3. Ampang Point

Pulau Pinang
1. Penang Bookshelf
2. Pasar Chowrasta
3. Ropewalk Stadium Bandaraya

Negeri Sembilan
1. Bistro Pustaka, Nilai
2. Pasar Karat sebelah Pasar Besar Seremban (Ahad pagi sahaja)

Melaka
1. Kedai Buku Terpakai Kampung Jawa (kawasan Madam King)

Johor
1. Pustaka Asma, Segamat
2. Pasar Malam Taman Universiti, Skudai (Jumaat)

Pahang
1. BACA – The Reading Room & Cafe, Temerloh

Terengganu
1. Kedai Buku The Bookworm, Jalan Bukit Kecil, Kuala Terengganu

Kelantan
1. Galeri Pakdo, Kok Pasir, Tumpat