Sekiranya anda ke pasar basah atau pasar raya sudah pasti anda akan terjumpa orang orang yang menjual daging yang disusun kemas untuk pelanggan membeli. Dan tidak mungkin anda akan berasa takut dengan daging lembu, kambing dan ayam. Kan?

Tapi lain pula di London. Sebuah kedai daging menyajikan pemandangan dan pengalaman yang berbeza. Bukan daging biasa yang selalu anda lihat di pasar basah mahupun di pasaraya, tapi daging berbentuk potongan badan manusia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

kedai-daging-mengerikan-vocket

Sesiapa saja yang mengunjungi kedai ini akan dipelawa untuk mencuba potongan daging yang mengerikan ini. Antara potongan badan manusia yang boleh didapati ialah tangan, kaki dan badan yang boleh buat anda muntah.

Selain itu di bahagian dalam kedai pula boleh dilihat daging yang dibentuk menjadi badan manusia yang sempurna dan digantung. Potongan badan manusia ini sebenarnya adalah hasil rekaan daripada daging daging seperti daging lembu.

kedai-daging-mengerikan-vocket-1

Cara unik kedai ini sebenarnya bertujuan untuk memberi sokongan kepada sebuah yayasan, Limbless Asociation di England, sebuah yayasan untuk membantu mereka yang kehilangan anggota badan.

Untuk anda yang ingin mengunjungi kedai ini, anda dinasihatkan berhati hati memilih dagingnya. Selain daging lembu, kambing dan ayam, daging babi juga disediakan di sini.

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram