Sejak mula Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan, dapat dilihat sejumlah besar kedai serta premis terpaksa ditutup dalam usaha untuk mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19.

Hampir tiga bulan dijalankan, nampaknya PKP dan PKPB sudah mulai menunjukkan kesan dimana angka kes pesakit positif COVID-19 sudah mencatatkan angka yang rendah.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Menerusi pengumuman terbaharu yang dibuat pihak kerajaan, kedai gunting rambut, kecantikan dan facial dibenarkan beroperasi semula mengikut SOP yang ketat bermula 10 Jun ini. Bukan itu sahaja, pasar pagi, pasar terbuka serta pasar malam turut dibenarkan beroperasi semula bermula 15 Jun ini mengikut waktu operasi yang ditetapkan.

Berdasarkan pengumuman yang dibuat oleh Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, kanak-kanak di bawah umur 12 tahun dibenarkan hadir bersama ibu bapa akan tetapi perlu mematuhi pemakain alat pelindung diri seperti pelitup muka dan apron pakai buang.

Berbeza dengan individu yang berusia 60 tahun dan keatas, golongan ini dibenarkan hadir namun hanya menerusi temu janji serta tanpa pengunjung daripada kumpulan umur lain.

download (1)

Sumber: KJRH

Selain itu, para pengusaha juga perlu memakai pelindung muka, apron pakai buang serta sarung tangan yang berbeza untuk setiap pelanggan yang digunting.

Pembukaan semula kedai gunting rambut ini nampaknya sedikit sebanyak bakal memberi kelegaan buat orang ramai khususnya kaum lelaki yang sudah tiga bulan tidak memotong rambut sejak PKP dijalankan. Diharap orang ramai dapat mematuhi SOP yang ditetapkan bagi mengurangkan risiko penyebaran wabak COVID-19.

Ketahui lebih lanjut mengenai insentif yang diumumkan Menerusi Pelan Pemulihan Ekonomi Jangka Pendek yang diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan klik pautan di bawah.

Pas My30 Serendah RM1 Sehari Dan Kredit ‘e-Wallet’ RM50 Oleh Kerajaan Jadi Tumpuan Netizen

Kerajaan Umum Penawaran Internet 1GB Percuma Setiap Hari Sehingga 31 Disember 2020

Anda Mungkin Suka