Sedia maklum bahawa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 28 April 2020. Malah, kerajaan turut telah mengumumkan kelonggaran 9 industri untuk beroperasi sepanjang tempoh PKP, termasuk perkhidmatan gunting rambut dan dobi.

Sebut tentang perkhidmatan gunting rambut, pasti ada daripada anda sudah mula rimas dengan keadaan rambut anda yang sudah panjang dan tidak terurus. Oleh itu, apabila pengumuman dibuat oleh kerajaan untuk membenarkan perkhidmatan gunting rambut beroperasi pasti sudah buat anda tersenyum lebar.

Screenshot 2020-06-22 at 6.24.13 PM
HYPE
Lihat Bagaimana Bront Palarae Dan Fikry Ibrahim Selesaikan Permainan The Detectives
Baca lagi →

Akan tetapi, ada juga yang kurang bersetuju apabila mendapat tahu akan pengumuman tersebut dan merasakan kedai gunting rambut tidak perlu beroperasi saat ini. Di Jepun, terdapat kes yang terkena jangkitan COVID-19 kerana berkunjung ke kedai gunting rambut.

Malah, ada juga yang mengatakan terlalu berisiko untuk membenarkan kedai gunting rambut beroperasi kerana akan berlaku sentuhan antara pelanggan dan tukang gunting rambut serta jarak juga terlalu rapat, lalu ingin minta pihak kerajaan pertimbangkan semula keputusan tersebut.

Bagaimana pula pandangan anda tentang pengumuman tentang 9 sektor yang dibenarkan beroperasi ini? Adakah wajar untuk membenarkan kedai gunting rambut beroperasi atau sebaliknya?

Sementara itu, ikuti perkembangan tentang COVID-19 di The Vocket.

Perintah Kawalan Pergerakan Sah Dilanjutkan Sehingga 28 April 2020

Kadar Kematian Akibat COVID-19 Di Malaysia Antara Yang Terendah Di Dunia

Bagaimana Rakyat Malaysia Boleh Bantu Bangunkan Semula Ekonomi Negara Selepas COVID-19

Anda Mungkin Suka