Huawei mula menjadi bualan hangat orang ramai semenjak jenama telekomunikasi dari China ini disenarai hitamkan oleh kerajaan pimpinan Donald Trump. Ramai pengguna jenama ini sudah mula gusar dan mula menjual peranti masing-masing setelah Google juga menarik balik lesen kebenaran penggunaan Android pada semua peranti Huawei.

Namun satu kenyataan baharu dikeluarkan oleh Amerika Syarikat yang membenarkan kelonggaran untuk membenarkan sistem Android digunakan dalam masa 90 hari dari tarikh pengumuman dibuat. Walaupun sistem baharu milik Huawei iaitu HongMeng telah diperkenalkan, ramai pengguna masih gusar akan perkara ini.

Screenshot 2019-10-30 at 11.50.31 PM
HYPE
Shuk Kongsi Pengalaman Seram Dan Mengejutkan Ternampak ‘Entiti’ Di Set Penggambaran
Baca lagi →

Kini DirectD menjanjikan tawaran khas untuk pengguna yang membeli peranti Huawei daripada mereka. DirectD menjanjikan pulangan wang 100% sekiranya pengguna Huawei tidak dapat menggunakan Google Play Store atau mana-mana aplikasi Google seperti YouTube dan Gmail dalam tempoh tersebut.

100% REFUND IF YOU LOSE GOOGLE PLAYSTORE! Purchase any HUAWEI Smartphone or Tablet at DirectD and get a 100% FULL…

Posted by DirectD on Sunday, 23 June 2019

Tawaran ini dijalankan bagi meyakinkan pengguna Huawei dengan pembelian daripada DirectD untuk tidak ragu-ragu menggunakan peranti Huawei.

Anda Mungkin Suka