Labobatory telah memperkenalkan minuman baru dimana mencampurkan Ubat Batuk Cap Ibu dan Anak dengan teh hijau sebagai holiday menu sempena Krismas.

Jika sebelum ini, bagi melegakan sakit tekak dan batuk, anda hanya minum ubat batuk tersebut dengan satu sudu teh dan mungkin mencampurkan dengan air suam, kini anda dapat nikmati dengan campuran teh hijau.

Nin Jiom Pei Pa Koa merupakan suplemen herba yang terkandung dalam ubat batuk yang mempunyai rasa minty yang pastinya akan menyegarkan anda yang meminumnya.

Labobatory adalah sebuah kedai di San Gabriel, California yang menjual bubble tea atau sebagai orang Amerika memanggilnya, teh boba.

Malah, antara menu lain yang diperkenalkan sempena holiday menu adalah Chocolate Peppermint Milk Tea, White Chocolate Strawberry Milk Tea and Spiced Chocolate. Kalau hendak cuba, kena terbang ke Amerika Syarikat dahulu.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber