Kopi bukan sahaja memiliki rasa yang unik tetapi juga memiliki pelbagai khasiat. Bercakap tentang kopi, antara jenama terkenal adalah seperti Starbucks, Coffee Bean, San Francisco Coffee dan sebagainya sentiasa menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia.

Apa kata kali ini anda menyokong perniagaan anak tempatan pula? Anda juga boleh mendapatkan rasa kopi premium seperti di kafe kopi terkemuka tetapi buatan anak tempatan.

Terbaharu, kecoh di media sosial apabila sebuah kedai kopi unik milik seorang bekas tentera mendapat perhatian netizen. Bekas tentera tersebut adalah Mohd Ariff Saharudin dan dia telah mengubah suai kereta miliknya untuk dijadikan kedai kopi.

Menurut NST, Ariff mendapat idea untuk membuka kedai tersebut selepas dia terdedah dengan kedai kopi versi kereta sepanjang berada di New Zealand sebelum ini.

Bukan sahaja kedai kopi ini unik, tetapi kopi ini turut digemari oleh ramai orang yang telah mencuba. Malah, pelancong luar negara juga menggemari kopi yang ditampilkan.

Ariff menjual kopi dengan hanya harga RM5 untuk secawan dan jika anda berminat untuk mencuba kopi ini anda boleh ke berdekatan Sekolah Antarabangsa Matrix di Sendayan pada hari Isnin, Selasa dan Jumaat manakala di Ampangan pada hari Khamis dan Sabtu dari jam 7 pagi hingga 11 malam.

Malah, beliau akan juga meniaga di Xpark Sendayan pada waktu hujung minggu bermula pada jam 6 petang hingga tengah malam.

Bagi mereka yang duduk berdekatan Seremban, adakah anda sudah mencuba? Untuk lebih artikel yang menarik, anda boleh baca artikel di bawah ini. 

Bekas Pekerja KFC Dedah Tindakan Sekiranya Menerima Ayam Bersaiz Kecil

Peminat Dakwa Jumpa ‘Hotel Del Luna’ Sebenar Di Malaysia

10 Kek Secret Recipe Anda Wajib Cuba Saranan Staf Mereka

Sumber