Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sejak pembukaan pintu sempadan Thailand, rakyat Malaysia dilihat telah berkunjung ke sana dan menerusi laporan, banyak kereta milik rakyat Malaysia berpusu-pusu untuk masuk ke Thailand.

Artikel Berkaitan:

Bagi anda yang telah ke Thailand, mesti anda tidak asing dengan Cafe Amazon, kedai kopi milik PTT Public Company Limited cukup terkenal dan kiranya wajib dicuba apabila ke sana.

Tahukah anda bahawa Cafe Amazon ini juga sebenarnya ada di Malaysia? Menerusi perkongsian pengguna Twitter @H_Bakkaniy, dia berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan Cafe Amazon telah dibuka di Shah Alam, Selangor.

Difahamkan, Cafe Amazon dibuka di Central I-City sebelum ini tetapi telah ditutup. Kini, Cafe Amazon dibuka di Plaza Azalea, Seksyen 14, Shah Alam dan dibuka setiap hari dari jam 8 pagi hingga 10 malam.

Menerusi perkongsiannya, harga di Cafe Amazon Malaysia ini lebih kurang di Thailand walaupun tidaklah murah seperti di sana tetapi masih mampu milik. Bagi anda yang berdekatan dan rindu untuk nikmati kopi Cafe Amazon, bolehlah singgah ke sini.