Sejak mulai Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pengumuman yang menggemparkan rakyat Malaysia mengenai perintah kawalan pergerakan bermula 18 Mac sehingga 31 Mac, pelbagai persoalan dan tanda tanya muncul di kalangan para netizen.

Perkara ini juga secara tidak langsung turut mengundang panik di kalangan netizen. Mengulas mengenai perintah kawalan pergerakan yang dilaksanakan, restoran dan kedai makan masih berpeluang untuk meneruskan operasi sepanjang tempoh ini walau bagaimanapun mengikut syarat yang ditetapkan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Alexzander-Nanta-Linggi-5
Sumber: Borneo Post Online

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Alexander Nanta Linggi, para pelanggan hanya dibenarkan membungkus atau membuat permintaan penghantaran makanan ke tempat masing-masing.

Saranan pihak restoran untuk melakukan perkhidmatan penghantaran makanan terus kepada para pelanggan ini sekaligus bakal memudahkan orang awam dimana jarak sosial yang selamat antara yang dititikberatkan sepanjang tempoh ini.

pemasaran-kedai-makan

Setakat ini, seramai 2,500 penguat kuasa KPDNHEP telah diarahkan untuk menjalankan pemantauan di beberapa lokasi tertentu bagi mengekang kenaikan harga barang dalam tempoh ini.

Ikuti juga beberapa info penting mengenai pengumuman yang dibuat oleh pihak kerajaan pada hari ini melibatkan wabak coronavirus. 

Dr Dzulkefly Jelaskan Perintah Kawalan Pergerakan Bukan Perintah Berkurung

Jangan Balik Kampung Dan Hentikan ‘Panic Buying’

Rakyat Malaysia Boleh Dipenjara Jika Langgar Perintah Kuarantin