Tidak dapat dinafikan bahawa gejala sosial dalam kalangan anak muda negara kita makin meruncing dan membimbangkan.

Oleh itu, kerajaan negeri Kelantan bakal menghadkan operasi kedai makan, warung, atau restoran sehingga pukul 12 tengah malam mulai tahun 2020. Ini adalah inisiatif kerajaan Kelantan untuk mengatasi gejala sosial yang berlaku di negeri tersebut.

Menteri Besar Kelantan, Ahmad Yakob mengatakan bahawa kajian yang dilakukan mendapati punca remaja atau golongan muda sering keluar rumah pada waktu malam kerana restoran beroperasi melebihi jam 12 malam.

1471698300266
Gambar hiasan. Sumber: Google

Pihaknya cuba menjadikan beberapa negara maju yang menutup kegiatan perniagaan pada waktu malam kecuali premis tertentu. Walaupun terdapat faktor lain yang menjaadi punca berlakunya gejala sosial, tetapi pihaknya akan berusaha agar tiada lagi hiburan atau tempat lepak melebihi pukul 12 malam.

Berikan pandangan anda dengan penguatkuasaan undang-undang baru ini. Jika anda lapar pada waktu tengah malam kelak, anda hanya boleh kembali tidur dan bukannya ke kedai mamak untuk makan.

Tahukah anda bahawa jika merokok di premis makan bakal dikenakan tindakan undang-undang? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Larangan Merokok Di Premis Makan Akan Berkuat Kuasa Bermula 12 Tengah Malam Ini

KKM Cadang Kerja Khidmat Masyarakat Buat Perokok Yang Ingkar

Keputusan Muktamad, Larangan Merokok Di Premis Makanan Bakal Dilaksanakan

Sumber