Tarikh 26 Mac setiap tahun adalah ‘Air Max Day’. Ini adalah sambutan untuk menyambut teknologi Nike Air Max di mana pereka legenda Nike, Tinker Hatfield memperkenalkan kasut pertama dari sini ini, Air Max 1 pada tahun 1987.

Untuk sambutan yang ke-29 tahun ini, Nike membuat 3 pit-stop untuk ‘Air Max Con’; New York, Tokyo dan Hong Kong. Nike membuat pop-up store NIKEiD Air Max di Causeway Bay, Hong Kong dan peminat kasut Nike Air Max boleh design sendiri rekaan yang mereka mahu pada kasut Air Max.

Rekaan dalaman butik ini sungguh futuristik dan peminat Nike boleh memilih model Air Max 1, Air Max 90, Air Max 95, Air Max 2016, and Air Max Thea untuk dikustom. Butik pop-up Nike ini sudah ada di 25 Lan Fong Rd, Causeway Bay dan ianya akan ada di sana sehingga 26 Mac sahaja sempena Air Max Day.

Siapa yang hendak ke Hong Kong dalam masa dua minggu ini bolehlah singgah di sini. Jika anda beli kasut di butik ini nanti, anda akan dapat tote bag edisi khas dari Nike.

closer-look-at-nikelab-air-moc-03

nike

closer-look-at-nikelab-air-moc-07x

closer-look-at-nikelab-air-moc-06

closer-look-at-nikelab-air-moc-05

Sumber