Kedai permainan MR.TOY yang pertama telah dibuka di Tesco Rawang pada 16 Mei 2019 yang lalu. Ini merupakan berita baik buat ibu bapa di luar sana yang sering sakit kepala ingin membeli permainan untuk anak-anak mereka berikutan harga yang mahal.

Kini, anda boleh mendapatkan permainan dengan harga yang berpatutan. Untuk pengetahuan anda, MR.TOY merupakan anak syarikat kepada MR.DIY dimana hanya memfokuskan kepada penjualan permainan dari pelbagai peringkat umur.

Malah, MR.TOY dijangka akan membuka lagi 10 cawangan di beberapa kawasan yang masih belum diketahui. Pastinya kedai permainan MR.TOY ini akan memberikan saingan kepada kedai permainan lain yang berada di pasaran sedia ada.

Bersempena dengan pembukaan kedai permainan MR TOY ini, tawaran promosi sebanyak 30% akan diberikan pada setiap permainan. Promosi ini sah dari 16 Mei 2019 hingga 30 June 2019 ini. Ini peluang anda membeli permainan yang berkualiti untuk anak-anak anda dengan harga berbaloi.

mr.toy:vckt3

mr.toy:vckt4

mr.toy:vckt5

mr.toy:vckt6

mr.toy:vckt7

mr.toy:vckt8

mr.toy:vckt9

mr.toy:vckt2