Setiap individu pastinya mendambakan hubungan percintaan yang berkekalan serta dipenuhi memori yang diukir bersama. Dalam pada itu, hubungan yang didambakan terkadang tidak berlaku seperti yang dirancang sekaligus meninggalkan bekas yang mendalam buat sesetengah individu.

Melihat sejumlah besar individu yang kecundang dalam percintaan, laman Instagram ini memilih untuk menjalankan perniagaan barangan yang pernah diberi bekas kekasih sewaktu percintaan dalam usaha untuk menghilangkan segala memori.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kedai Pernah Sayang

https://www.instagram.com/p/CGzB76MJ331/

Bagaikan filem Toko Barang Mantan, laman Instagram yang dinamakan sebagai Kedai Pernah Sayang ini mengiklankan barangan daripada penjual terdiri daripada kekasih yang tersakiti kepada pembeli baharu.

Apa yang unik daripada laman Instagram Kedai Pernah Sayang ini bukan sahaja para pembeli berpeluang mendapatkan dengan harga mampu milik, malah cerita di sebalik serta paras kebencian kepada bekas kekasih turut dikongsikan membuatkan para netizen terhibur.

Menerusi idea perniagaan yang unik, laman Instagram yang baru sahaja memuat naik gambar pertama pada 17 Oktober lalu nampaknya sudah berjaya mengumpul hampir 2,000 followers selepas 10 hari. Laman ini juga dilaporkan turut menerima sejumlah besar mesej daripada para penjual yang mahu mengiklankan ‘hadiah’ mereka.

https://www.instagram.com/p/CGzY1oFp9H8/

https://www.instagram.com/p/CGehFbWhKzJ/

Mengulas mengenai bagaimana laman Instagram ini menjalankan urus niaga, laman Kedai Pernah Sayang memaklumkan mereka selaku pihak ketiga akan membantu mereka yang tersakiti dalam percintaan menjual barangan mereka.

Sekiranya terdapat pelanggan yang membeli barangan yang ditawarkan, laman Instagram ini akan memaklumkan serta memberi bayaran kepada para penjual bagi tujuan pengeposan.

Sememangnya sebuah laman penjualan yang unik pada pendapat kami. Sekiranya anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai ‘kisah’ di sebalik penjualan barangan daripada para penjual, anda boleh lawati Instagram Kedai Pernah Sayang.

Burger King sebelum ini pernah hadir dengan sebuah idea pemasaran yang unik bagi menghargai orang single dengan menawarkan burger percuma untuk sekeping gambar bekas kekasih.

Burger King Hargai Orang ‘Single’, Tawarkan Burger Percuma Untuk Sekeping Gambar Bekas Kekasih