2017 pastinya menjadi tahun yang bersejarah buat Xiaomi Malaysia. Setelah berjaya mencuri hati para pengguna smartphone dengan penawaran smartphone dengan harga yang berpatutan, kini jenama ini bakal membuka kedai rasmi pertama mereka yang bakal terletak di Queensbay Mall, Pulau Pinang.

Dikhabarkan pembukaan Xiaomi Store ini bakal dirasmikan pada 29 April 2017. Tidak sekadar menawarkan smartphone, Xiaomi Malaysia turut menawarkan beberapa produk barangan elektrik Xiaomi dan Mi Ecosystem seperti Mi router, pembersih udara serta Mi TV buat para pengunjung.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Khas buat pengguna dan peminat Xiaomi, anda turut berpeluang untuk menyertai fan meetup bersama beberapa pengguna Xiaomi yang lain. Acara ini bakal berlangsung pada 11 pagi ini sewaktu hari pembukaan. Mungkin inilah masanya untuk anda berkongsi pendapat mengenai custom rom atau aksesori yang anda perlukan buat smartphone anda.

Disaat ramai yang menduga komitmen Xiaomi untuk menyediakan servis yang terbaik buat para pelanggan, Xiaomi Malaysia terus komited untuk membuka kedai fizikal pertama mereka di Malaysia

Kami ingin mengucapkan tahniah atas segala usaha Xiaomi Malaysia dan diharap jenama ini dapat terus berkembang sekaligus memberikan lebih banyak peluang buat orang ramai mudah mendapatkan smartphone dan barangan elektrik lain dengan spesifikasi dan harga yang berbaloi-baloi.

Buat anda yang mahu mendapatkan barangan Xiaomi atas talian dengan mudah, anda boleh dapatkannya di sini.

Sumber