Jika sebelum ini kedai roti premium The Loaf telah ditutup sebelum PRU14, kini kedai roti milik Perdana Menteri Malaysia, Dr Mahathir Mohamad telah dibuka semula oleh pemilik terbaru iaitu Ekovest Bhd.

Difahamkan Ekovest Bhd berjaya mendapat kesemua kepentingan The Loaf dan merupakan salah satu strategi syarikat ini dalam menembusi sektor makanan dan minuman.

shop-the-loaf-003-large
Sumber: KLIA2

Penjualan kepentingan The Loaf ini dikaitkan sebagai salah satu rancangan Perdana Menteri Malaysia dalam mendapatkan dana bagi kempen PRU14.  Setakat ini The Loaf dibawah kendalian syarikat terbaru telah dibuka di empat tempat melibatkan cawangan Langkawi, Pavilion, Sunway Pyramid dan Nu Sentral.

Sumber