Menurut laporan yang diterbitkan oleh Institut Pembangunan Pengurusan (IMD) kedudukan Malaysia dalam daya saing dunia IMD meningkat dua anak tangga di tangga ke-22 berbanding tahun lepas di tangga ke-24.

IMD2017
Carta Kedudukan Negara Dalam Senarai Daya Saing Dunia 2017
capture-20180524-095431
Carta Kedudukan Negara Dalam Senarai Daya Saing Dunia 2018

Lebih membanggakan lagi, Malaysia ialah satu-satunya negara Asia Tenggara yang menunjukkan peningkatan kedudukan berikutan dengan usaha pemulihan ekonomi yang kukuh terutamanya ekonomi yang melibatkan perdagangan antarabangsa.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Amerika Syarikat pula melonjakkan kedudukannya dari tangga ke-4 tahun lepas kepada kedudukan pertama tahun ini sekaligus meletakkan Hong Kong ke tangga yang ke-2 berikutan dengan peningkatan prestasi ekonomi, manakala negara jiran iaitu Singapura kekal pada tangga ke-3.