Penyanyi dan pemenang Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-31, Wany Hasrita baru-baru ini dilaporkan menerima senaskah al-Quran  daripada kerajaan Arab Saudi.

Penghadiahan itu adalah susulan dan kesinambungan daripada jemputan haji yang diterima beliau pada tahun lalu oleh kerajaan negara tersebut.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Penerimaan naskah al- Quran itu dikongsikan sendiri Wany di laman Instagram miliknya sejak semalam dengan kapsyen yang mengucapkan terima kasih buat pemerintah Arab Saudi, Raja Salman.

https://www.instagram.com/p/CAe2ZM9H1TV/

Wany pada tahun lalu dilaporkan menunaikan rukun Islam yang kelima itu selepas mendapat jemputan dari kerajaan Arab Saudi di saat-saat akhir sebelum bermulanya musim ibadah itu pada tahun lalu.

Menurut hantaran yang dibuat di Instagram Pertubuhan Ilmuan Malaysia, naskah al-Quran itu diterima Wany melalui TYT Atase Agama Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur Syaikh Abdul Rahman Ibrahim Al-Rubai’an.

“Pertemuan ini adalah kesinambungan dari jemputan haji yang diterima Wani dari kerajaan Arab Saudi pada tahun lepas.

“TYT Atase Agama menghadiahkan Wani dan ibunya naskah Quran Terjemahan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris,” jelas mereka dalam hantaran tersebut.

Tahukah anda filem animasi tempatan Ejen Ali akan membuat kemunculan pertama mereka di kaca TV pada hari raya ini? Baca perkongsian kami di pautan di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut. 

Filem Epik Ejen Ali: The Movie Akan Ditayangkan Khas Untuk Peminatnya Esok

Tonton Iklan Raya PETRONAS ‘Antara Dua Jendela’ Tampil Dengan Animasi Yang Kreatif Dan Unik