Kedutaan Jerman menyuarakan rasa tidak puas hati dan mengutuk aksi seorang pelajar universiti awam yang melakukan simbol Nazi sewaktu majlis konvokesyen.

Dalam kenyataan di laman Facebook mereka, kedutaan Jerman mengingatkan pelajar bahawa ramai yang terbunuh dan terseksa disebabkan kekejaman Adolf Hitler ketika Perang Dunia II.

Mereka juga menggesa kerajaan Malaysia untuk mengambil tindakan terhadap pelajar tersebut yang dengan jelas tidak menghormati mangsa kekejaman rejim Hitler.

Screenshot 2019-11-29 at 10.08.52 PM

Terdahulu, seorang pelajar Universiti Malaysia Sabah yang dikenali sebagai Ibn Ruru telah menunjukkan simbal Nazi dan dengan bangganya memuat naik gambar tersebut di laman Facebook beliau.

Akibat daripada itu, beliau telah menerima kecaman daripada netizen dengan ramai yang mempersoalkan kewarasan beliau yang menunjukkan simbol perkauman dan menjejaskan majlis konvokesyen tersebut.

Sebagai seorang pelajar yang berjaya menamatkan pelajaran, protes boleh dilakukan dengan pelbagai cara selain daripada cara yang jelas menunjukkan bahawa dia adalah orang yang tidak berpelajaran.

Berikut adalah cerita mengenai pelajar yang membuat mengangkat simbol ‘Hail Hitler’. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Graduan IPTA Buat ‘Hail Hitler’ Tanda Solidariti Untuk Palestin Cetus Kemarahan Netizen

Inilah Gambaran Ngeri Dan Kejam Yang Aku Lihat Sewaktu Di Kem Tahanan Nazi Di Poland

Inilah Gambaran Ngeri Dan Kejam Yang Aku Lihat Sewaktu Di Kem Tahanan Nazi Di Poland – Bahagian 2