Kegiatan sexting yang dahulunya hanya dilakukan oleh golongan dewasa kini didapati menular di kalangan kanak-kanak kecil. Tidak hanya dengan bermesej berbaur lucah, malah lambakan laman sembang lucah tanpa kawalan ini juga menyebabkan kanak-kanak mudah mengaksesnya.

Menerusi laporan Harian Metro, tinjauan terbaharu mendapati sejumlah laman sembang lucah sangat aktif digunakan oleh kanak-kanak di bawah umur. Malah, sebahagian besar pelanggan di platform tersebut membabitkan kanak-kanak perempuan di bangku sekolah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber Gambar: Today

Dalam pada itu, seorang wartawan Buletin TV9 turut mendedahkan si pemangsa bakal menggunakan ayat-ayat manis untuk meminta gambar wajah dan anggota badan daripada sasaran mereka. Mangsa yang naif pula mempercayai dengan ayat manis yang ditaburkan itu.

Pegawai Perkhidmatan ‘All Women’s Action Society’ (Awam) Asrawati Awanina Aslan berkata, pihaknya menemui banyak aplikasi janji temu seperti itu.

Antara laman sembang popular yang rancak dilayari oleh kanak-kanak tanpa sebarang sekatan termasuklah Litmatch, Omi, Michat, Mewe dan Bee Talk. Tidak hanya aplikasi sembang, Leomatchbot iaitu satu saluan di aplikasi Telegram juga diikuti ramai remaja.

Walaupun aplikasi seperti ini meletakkan syarat hanya berusia 18 tahun ke atas untuk menyertainya, tetapi ia boleh dimanipulasi menerusi tarikh lahir pengguna dengan maklumat palsu.

“Bila ada aplikasi janji temu, pelaku atau individu yang menggunakan kesempatan teknologi ini akan memperkenalkan diri kepada kanak kanak atau remaja sebelum mengajak mereka terbabit dalam aktiviti sexting.

Berdasarkan statistik kes gangguan seksual dalam talian yang dikeluarkan Awam pada 2021, trend kes yang dilaporkan adalah minimum iaitu tiga kes setiap bulan. Angka tertinggi direkodkan pada Februari tahun sama iaitu 14 kes.

Kanak-kanak berusia seawal tujuh tahun kini sudah pun boleh menggunakan telefon pintar tanpa pengawasan ibu bapa. Angka ini dilihat bakal meningkat jika tiada kawalan pembanterasan terhadap platform yang menawarkan hiburan lucah seperti laman sembang.

Iklan di media sosial berkaitan laman mencari rakan baharu juga kian menonjol serta tiada sekatan kerana pemiliknya sudah membayar yuran iklan terbabit. Lalu, kanak-kanak pula dengan semudah klik sahaja pada iklan sudah boleh mengakses platform tersebut.

Sebagai panduan, ibu bapa atau penjaga pula boleh mengesan kegiatan sexting ini dilakukan oleh anak-anak mereka apabila menunjukkan simptom atau tingkah laku mencurigakan seperti cuba menyorok sewaktu hendak bercakap menerusi telefon.

Jadi, berikanlah bimbingan agama dan juga tunjuk ajar teladan yang baik dalam membentuk keperibidian anak-anak anda. Pastikan telefon pintar anak-anak anda dikawal dengan teliti agar dapat mengelakkan sebarang aplikasi atau laman sembang lucah daripada diakses.