Syabas diucapkan buat pelajar Sekolah Kebangsaan Seberang Marang iaitu Mohd Faizal Hafiz Adnan yang berjaya menunjukkan semangat kesukanan dan kegigihan yang tinggi meskipun terpaksa mengharungi beberapa dugaan sebelum dinobatkan sebagai naib johan.

Meskipun bertubuh kecil, itu bukan halangan buat Mohd Faizal meneruskan larian selepas terjatuh hanya beberapa meter sebelum ke garisan penamat. Tindakan yang dilakukannya itu bukan sahaja berjaya membuatkan para guru serta rakan sepasukan berasa bangga, malah mula menjadi perhatian netizen atas apa yang dilakukannya.

Kemenangan Mohd Faizal dari Sekolah Kebangsaan Seberang Marang ini turut membolehkan kontinjen bawah 12 tahun Terengganu menjadi juara kategori bawah 12 tahun dan di tempat ketiga keseluruhan pada Kejohanan Merentas Desa Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2017.

Dalam pada itu, kejayaan Mohd Faizal ini bermula lebih awal lagi apabila beliau telah berjaya mencatatkan namanya sebagai naib johan dalam kejohanan yang sama berlangsung di Port Diskson, Negeri Sembilan pada 5 Mac 2016.

0 KOMEN

BACAAN SETERUSNYA

© 2017 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W). Dibuat dengan cinta di Damansara ❤