Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Nama Nas Daily pasti sudah tidak asing lagi terutama sekali dalam kalangan rakyat Malaysia. Bagi anda yang tidak mengenalinya, Nas Daily merupakan seorang vlogger dari Israel terkenal dengan perkongsian video 1 minit mengenai kisah perjalanan beliau di sesebuah negara ketika melancong atau menghadiri jemputan oleh pihak tertentu.

Disebabkan Nas Daily merupakan pemegang pasport Israel, maka beliau tidak dibenarkan untuk masuk ke negara kita, Malaysia dan juga 20 negara yang lain. Menerusi perkongsian terbaharunya di TikTok, Nas Daily mengatakan dirinya telah ‘membeli’ kerakyatan Caribbean.

@nasdaily

Reply to @zacharykrishnan Guess how much this Passport cost me ? I’ll reply to the right guess !

♬ original sound – Nas Daily

Menerusi video tersebut, Nas Daily dengan bangganya mengatakan kini dirinya sudah boleh berkunjung ke Malaysia dan negara yang menyekat kemasukannya disebabkan beliau pemegang pasport Israel. Malah, Nas Daily turut meminta para penonton videonya untuk meneka berapa lama yang diperlukan dan wang yang dikeluarkan demi mendapatkan pasport tersebut.

Lantaran itu, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi berhubung dengan pasport yang dimiliki Nas Daily. Para netizen mengecam dirinya dan ada juga yang kagum dengan kegigihannya untuk cuba mendapatkan pasport itu.

photo_2021-05-06_14-35-30

photo_2021-05-06_14-35-27

photo_2021-05-06_14-35-21

Pastinya video ini bakal menjadi buah mulut netizen terutama sekali rakyat Malaysia. Apakah pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Tidak Mahu Mengalah Di Laluan Tol, ‘Abang Lori’ Terhibur Lihat Gelagat Altis Dan Bezza

Influencer Kembali Jadi Buah Mulut Netizen, Kali Ini Kerana Konten ‘Alasan Rentas Negeri’

Langgar SOP Dan Terpalit Kontroversi, Swarovski Sahkan Tamat Kolaborasi Dengan Neelofa

Anda Mungkin Suka