Biasanya getah rambut digunakan untuk ikat rambut dan ikat plastik untuk barang saja. Tapi rupanya banyak lagi yang boleh dilakukan dengan getah rambut.

1. Gunakan getah untuk buka sku yang ketat dengan lebih mudah.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

kegunaan getah rambut 1

 

2. Beg dah penuh? Gulungkan baju dan ikat dengan getah. Bolehlah letak baju yang dah di ikat di bahagian poket luar beg sebab dah tak mudah terburai.

kegunaan getah rambut 2

 

3. Selalu terkurung sebab pintu tertutup sendiri? Kini tidak lagi dengan hanya letakkan getah pada dua belah tombol pintu dan pastikan bahagian penguncinya betul-betul di sendal dengan getah.

kegunaan getah rambut 3

 

4. Pinggang seluar makin mengecil kerana saiz perut bertambah? Besarkan saja saiz pinggang seluar anda dengan getah. Murah dan mudah. Haha!

kegunaan getah rambut 4

 

5. Tips ini khas untuk suri rumah dan pekerja restoran. Ikat getah pada papan pemotong supaya papan tak mudah menggelongsor. Kerja memotong pun jadi lebih cepat bila papan tak bergerak.

kegunaan getah rambut 5

 

6. Susah nak buka penutup botol yang ketat? Lilitkan saja getah pada tudung botol dan pusing untuk buka.

kegunaan getah rambut 6

 

7. Letak getah pada penyangkut baju, kini baju tak lagi jatuh ke bawah bila disangkut.

kegunaan getah rambut 7

 

8. Boleh juga gunakan getah sebagai penanda gelas anda tiap kali ke jamuan makan.  Pasti tak tertukar gelas lagi.

kegunaan getah rambut 9

 

9. Tak nak uncang teh terbenam sekali dengan benangnya ke dalam cawan? Ikatkan saja bahagian benang di bahagian luar cawan dengan getah. Habis cerita.

kegunaan getah rambut 10

 

10. Kadang-kadang gelas berkaki panjang ni memang buat rak pinggan bersepah juga. Apa kata ikat saja kaki gelas pada tepi rak dengan getah seperti dalam gambar. Tersusun elok je kan?

kegunaan getah rambut 11

 

11. Gunakan getah untuk elakkan cat dari menitis. Boleh elakkan dari membazir cat juga.

kegunaan getah rambut 12

 

12. Ikat tudung periuk ketat-ketat dengan getah jika anda bawa periuk yang berisi makanan sewaktu berjalan-jalan atau berkelah.

kegunaan getah rambut 13

 

13. Buat kerastangan pun ok juga dengan getah lilit ni rupanya :D

kegunaan getah rambut 14

 

14. Jadikan getah sebagai penanda ‘power cord’ anda. Nampak lawa pula.

kegunaan getah rambut 15

 

15. Lebih mudah selak buku dengan adanya getah di hujung jari. Mungkin ini juga berguna untuk cikgu dan pensyarah yang nak tanda banyak kertas peperiksaan.

kegunaan getah rambut 16

 

16. Penutup botol pewarna kuku juga lebih dibuka dengan adanya getah di bahagian penutupnya.

kegunaan getah rambut 17

 

17. Gunakan getah untuk kekalkan warna epal yang dipotong. Caranya susun epal kembali ke bentuk asal selepas dipotong dan ikatkan dengan getah. Taklah jadi warna gelap isinya.

kegunaan getah rambut 18

 

18. Jangan biarkan riben anda bergulung sampai tersimpul. Kekalkan kekemasannya dengan getah. Mudahnya!

kegunaan getah rambut 19

Sumber : Diply.com

Like page The Vocket di Facebook