Minyak argan tidak asing lagi sebagai bahan kecantikan sehingga ia digelar ‘liquid gold’ kerana kaya khasiat dan keberkesanannya ke atas rambut, kulit hingga ke hujung kuku jari kaki.

Hunter Killer Cover
HYPE
Peperangan Bawah Laut Dan Darat Penuh Aksi Gempak Dan Mendebarkan Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Baru-baru ini Mira Filzah, pelakon dan pengacara yang juga merupakan usahawan minyak argan jenama Moraessential telah berkongsi 4 kegunaan minyak argan di akaun Instagram. Mira bersama ibubapanya sedang menunaikan ibadah umrah di tanah suci Mekah.

Menurut Mira, keadaan di sana panas dengan suhu mencecah 40 darjah Celcius tapi berangin dan berdebu. Cuaca sebegini boleh menyebabkan kulit menjadi kering dan mengelupas.

1. Pelembap kulit muka

Dengan sapuan 2 titik minyak argan setiap kali keluar dari bilik, ia membantu kulit Mira yang kering dan mengelupas kembali normal.

2. Pelembap bibir

Minyak argan boleh dijadikan alternatif kepada lip balm. Bibir menjadi lebih lembap dan kelembapannya tahan lebih lama berbanding lip balm yang perlu disapu beberapa kali. Ia boleh bertahan dari pagi sampai petang.

3. Kerekahan kulit

Pastinya mengerjakan ibadah umrah/haji memerlukan seseorang banyak berjalan. Pergerakan yang kerap ini boleh menyebabkan tumit kaki menjadi terlalu kering sehingga merekah. Jadi, digalakkan menyapu minyak argan di bahagian tumit kaki setiap hari. Minyak argan juga boleh membantu menghilangkan parut.

4. Losyen badan

Tak rasa rimas menjadikan minyak argan sebagai alternatif losyen badan kerana sifatnya yang cepat meresap ke dalam kulit. Ia bukan sahaja boleh memelihara kelembapan kulit, tapi juga ia membantu sebagai agen anti-penuaan.

5. Minyak urut

OK. Ini bukan pro tip dari Mira tapi ia dari pengalaman saya sendiri di Malaysia. Saya selalu guna minyak argan sebagai alternatif minyak urut apabila minyak panas habis.

Ia boleh membantu melegakan dan mengurangkan kesakitan otot sendi. Malah, sapuan rata minyak argan dalam gerakan urutan juga boleh membantu melancarkan perjalanan darah sambil bertindak sebagai penyegar kulit dan pelembut kulit.

Minyak argan juga membantu mengurangkan rasa ketidakselesaan pada kulit saya akibat berbaring terlalu lama dan berpeluh. Setelah menggunakan minyak argan selama 6 bulan, saya akui dan bersetuju ia digelar ‘liquid gold’.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group