Ikan Dolfin atau Ikan Lumba-lumba ini merupakan seekor haiwan laut yang sangat manja dan dan sering dilihat di perairan luar negara. Namun begitu, baru-baru ini gelagat ikan ini telah berjaya dirakam di Malaysia.

Baru-baru ini tular di media sosial Twitter, di mana seorang pengguna Twitter, Nasir Pasir memuat naik sebuah video yang memaparkan sekumpulan ikan Dolfin yang berenang berhampiran bot yang dinaikinya. Ikan Dolfin tersebut dilihat seolah-olah ingin menyapa lelaki yang merakam itu.

Kejadian ini dipercayai dirakam di laut berdekatan dengan jambatan Pulau Pinang baru-baru ini.

Video yang berdurasi selama 1 minit 31 saat itu telah menerima lebih 75,500 jumlah tontonan.

Walau bagaimanapun, perkongsian video dolfin tersebut telah mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Ada netizen yang mengatakan bahawa perairan di Malaysia sudah semakin bersih.

https://twitter.com/uzer26/status/1195377550408552448

Diharapkan dengan perkongsian ini, terdetik satu kesedaran buat kita untuk menjaga alam sekitar supaya hidupan lain seperti dolfin ini dapat menikmati kehidupan yang baik di bumi ini.

Ketahui kisah sebenar di sebalik gambar sungai jernih di Pulau Pinang ini. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar ‘Sungai Jernih’ Bersama Ikan Koi Di Pulau Pinang

Pelukis Luah Rasa Menyesal Hasilkan Lukisan Ikonik Ini Di Pulau Pinang

12 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Terbang Ke Hawaii Bersama AirAsia

 

 

Sumber