Memasuki tahun ini, semakin banyak berita mengenai Sony PlayStation 5 yang hadir. Bermula dengan perkongsian spesifikasi dan rekaan prototaip, semuanya membuatkan orang ramai khususnya gamer semakin tidak sabar untuk menantikan kemunculannya.

Terbaharu, Sony telah tampil dengan laman web Sony PlayStion 5 dan mengumumkan konsol generasi terbaru ini bakal dilancarkan pada penghujung tahun ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Berdasarkan laman web yang dikongsikan, para pengguna berpeluang mendaftar emel mereka untuk mendapatkan info terbaru mengenai PS5 termasuk tarikh pelancaran serta harganya apabila dilancarkan secara rasmi. Tidak dilupakan juga senarai game yang bakal tersedia pada konsol terbaru Sony ini.

Berdasarkan beberapa ura-ura sebelum ini, Sony PS5 dijangka bakal dilancarkan pada Disember ini. Mungkin sudah tiba masanya para gamer mulai menabung untuk menjadi yang terawal memilikinya seawal tahun hadapan.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Sony PS5, anda boleh klik pautan di bawah untuk info lanjut.

5 Pembaharuan Sony PlayStation 5 Yang Bakal Dilancarkan Hujung Tahun Ini

Lihat Rekaan Sony PlayStation 5 ‘Devkit’ Yang Unik Beserta DualShock 5