Kita sedia maklum KLCC merupakan tarikan pelancongan kerana mempamerkan kehebatan binaan menara berkembar tertinggi di dunia. Pasti ramai yang mahu menangkap gambar dengan cantik untuk dijadikan sebagai kenangan tidak kiralah pelancong mahu pun warga tempatan sendiri.

Menerusi akaun TikTok @hazwanhfiz, beliau telah berkongsi sebuah video yang memperlihatkan kehadiran berpuluh-puluh mobilegrapher yang menyediakan khidmat mengambil gambar berlatar belakang KLCC.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

@hazwanhfiz

Servis fotografi di hadapan KLCC. Berbekalkan lampu & lighting lampu RGB, berpuluh-puluh ‘mobilegrapher’ menyediakan khidmat mengambil gambar berlatar belakang KLCC. Kebanyakan mereka bukan orang Malaysia, bunyi percakapan macam orang Indonesia & ada juga dari Borneo Harga pula berubah-ubah. Bermula RM5 sekeping, mengikut orang. Kalau pelancong luar dia paw cukup-cukup. Dah jadi macam ‘Mini Jakarta & Bandung’. Cakap sekali taknak, datang lagi tanya² sampai serabut nak lepak kawasan ni. #KualaLumpur #KLCC #Photography #Mobilegrapher #ServisPhotography

♬ DJ Cari Uang Harus Banting Tulang Selow Nyantuy – Yudha Paramata

Dengan berbekalkan aksesori lampu dan lightning RGB yang digunakan pada telefon pintar, mereka sedia menawarkan servis menangkap gambar berbayar terhadap pengunjung berada di sekitar lokasi berkenaan.

Difahamkan mereka mungkin berasal daripada Sabah yang mana memenuhi di kawasan itu di samping mengenakan cas harga yang berbeza lebih-lebih kepada pelancong luar. Lebih teruk lagi, beliau mengatakan telah diasak berulang-kali dengan tawaran tersebut sewaktu berada di situ sehingga menyebabkan merasa tidak selesa.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen berpendapat bahawa mereka memang bijak dalam mengambil peluang untuk menjana pendapatan. Sebahagian pengguna lain pula mengatakan pemantauan perlu dibuat demi keselamatan orang awam.

Sumber Gambar: TikTok @hazwanhfiz
Sumber Gambar: TikTok @hazwanhfiz

Meskipun situasi ini dilihat sebagai lubuk emas buat mereka yang berkemahiran dalam fotografi, tetapi perlulah menghormati undang-undang di kawasan awam. Pihak berkuasa pula mestilah memantau kegiatan ini demi menjaga kesejahteraan sejagat.