Bagi yang belum pernah mengerjakan haji pasti tertanya-tanya bagaimanakah agaknya kehidupan harian para jemaah haji sewaktu di Mekah? Bagaimana aturan hidup sepanjang hari dari pagi hingga ke petang? Bagaimana nak cuci baju, makan dan buat perkara lain di samping beribadah di tanah suci?

Saya berpeluang mendapatkan kebenarana daripada Puan Siera Haiyi yang telah berkongsi di akaun Facebook beliau tentang kehidupan harian sebagai jemaah haji  yang mengambil pakej muassasah di bawah Tabung Haji.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Puan Siera telah bertolak ke Arab Saudi bersama suami pada 6 Ogos 2017 dan akan berada di tanah suci selama 57 hari. Mereka akan bertolak balik ke Malaysia pada 1 Oktober 2017.

Pengalaman-muassasah-haji-28

Jadi sukarelawan Sahabat Tabung Haji

Selain menjadi jemaah haji, pasangan ini juga sebenarnya telah mendaftar sebagai Sahabat Tabung Haji, iaitu program sukarelawan yang dibuka kepada jemaah haji untuk membantu para petugas  tabung haji.

Untuk pengetahuan seramai pada tahun ini Tabung Haji telah menghantara 30,200 jemaah haji dari Malaysia, manakala para petugas Tabung Haji pula hanya seramai 600 orang. Kekurangan para petugas ini ditampung oleh para sukarelawan yang menawarkan diri untuk menjadi Sahabat Tabung Haji iaitu seramai 320 orang.

“Ia adalah sukarela dan tiada apa-apa habuan. Saya sertai Sahabat Tabung Haji (STH) untukdapatkan  pengalaman. Ditambah dengan usia dan tenaga saya yang dikira antara termuda ini, semoga dapatlah saya bantu jemaah yang berusia.”

Antara tugas STH adalah membantu menguruskan jemaah yang sakit, menyemak dan membilang jumlah jemaah dalam kumpulan, menguruskan jemaah naik bas, susun jemaah semasa dalam khemah, edarkan makanan, membantu jemaah yang sesat dll.

Pengalaman-muassasah-haji-27

Kehidupan harian di kem muassasah Tabung Haji

Ikuti bagaimana kehidupan seharian Puan Siera serta jemaah lain di kem muassasah seperti mana yang dikongsikan oleh Puan Siera di akaun facebook beliau.

“Kehidupan di sini macam sekolah asrama. Mujurlah saya ni dibesarkan dengan duduk di asrama. Jadi tak ada lah kekok sangat.”

Kedudukan hotel muassasah adalah 800 – 1000 meter dari Masjidil Haram. Biasanya para jemaah berjalan kaki ke masjid. Ada juga jemaah yang naik teksi, tapi tambangnya agak mahal.

“Saya tinggal di Hotel Manara. Hotelnya agak atas bukit sikit dan jauh ke belakang.
Saya KT35B2. Maktab 81.”

“Di sini saya kongsikan serba sedikit kehidupan kami di sini. Mungkin boleh mengubat rindu buat mereka yang pernah menunaikan haji sebelum ini. Dan boleh juga dijadikan sumber inspirasi buat kawan-kawan yang dah pasang niat untuk buat haji. Boleh juga membayangkan kehidupan mak ayah yang sedang buat haji atau yang bakal buat haji nanti.

Bolehlah buat VISUALISATION. Membayangkan diri anda di sini. Nanti insyallah akan jadi doa yang kuat sebab feeling habis kan.”

Pengalaman-muassasah-haji-1

Semua jemaah sama ada yang muassasah Tabung Haji atau pakej dari syarikat pelancongan yang lain WAJIB pakai gelang ini sepanjang musim haji. Kira macam identification code lah untuk kita.Ada nombor kod masing-masing di belakang gelang. Ganas kan rupa gelangnya? Hehe.

Negara lain pun ada gelang masing-masing. Macam-macam bentuk. Untuk Malaysia macam ni lah bentuknya.

Pengalaman-muassasah-haji-2

Haaa. Inilah hotel kami di Mekah. Hotel MANARA.Maaf lah tak sempat snap masa tengah suci. Ni dah sepah dah.

Macam saya dapat 5 orang sebilik. Ada yang 4 sebilik. Yang 3 sebilik pun ada. Yang 10 orang sebilik pun ada!

Jadi ikutla rezki masing-masing. Doa banyak-banyak semoga dapat kawan sebilik yang baik, serasi dan menyenangkan. Kawan sebilik saya Alhamdulillah best sangat! Baik-baik akak ni. Deme rajin cerita pasal masak-masak. Macam-macam resepi saya dapat. Hehe. Memang amat menyenangkan.

Pada saya roomate antara yang penting sekali sebab ianya boleh menggangu emosi kalau kita tak serasi bersama kan? Nak buat ibadat pun tak syiok. Apapun, kalau ada kat sini memang kena 24 jam BERSABAR. Kalau dapat roomate tak ngam pun anggaplah ini ujian. Ada sebab kenapa kita sebilik dengan dia.

Pengalaman-muassasah-haji-3

Dalam setiap bilik ada pantry. Bolelah masak air bancuh kopi. Peti ais kecil pun ada.

Pandai-pandailah jaga kebersihan dan kekemasan sebab kita di sini hidup bersama orang lain. Macam-macam peel. Kene rajin berkongsi makanan dan lazimilah budaya bersedekah.

Pengalaman-muassasah-haji-4

Inilah tandanya! Haha. Maaf serabut.Tapi inilah hakikatnya.

Tandas memang akan bersangkutan dengan baju-baju. Baju kecil dan baju besar. Macam-macam! Barangan mencucui diri kita pun akan letak di sini. Jadi kalau rasa nak pakai barang roomate tu, pandai-pandai lah minta izin. Jangan main sambar saja. Tak baik gitu kan. Tak pasal jadi haram pula.

Kalau mandi pun hati-hati. Alihkan dulu baju roomate tu takut terkena percikan air mandi kita.

Dan lagi satu. Nak basuh baju ke membuang hajat ke, jangan lama-lama sangat. Kan ramai dalam bilik ni. Nanti ada pula yang termelepas kat atas katil. Sentiasa ingat yang kita ni hidup berjemaah.

Pengalaman-muassasah-haji-5

Ini pula KAFETARIA. Macam-macam makanan dijual kat sini. Nasi lemak, nasi kerabu, nasi goreng, bihun goreng, laksam, sambal belacan, roti canai (frozen), lempeng, mutabak pun ada!

Saya tak berapa sangat membeli kat sini sebab agak tinggi sikit kosnya. Untuk makluman, TH tak sediakan makanan pagi. Jadi kena cari sendiri. Selalunya saya makan roti, minum ESP atau minum susu saja. Mudah dan jimat!

Pengalaman-muassasah-haji-6

Ni pula TEMPAT MAKAN. Bolehlah duduk sini makan bersama suami isteri atau pun roomate.

Pengalaman-muassasah-haji-7

Macam ni lah rupa bungkusan makanan yang TH sediakan. Untuk muassasah, no buffet style. Semua style bungkus macam ni.Makan tengahari dan malam. Jadi kita kena pegi tempat makan tadi dan ambil lah sendiri makanan masing-masing.

Pengalaman-muassasah-haji-8

Amacam sedap tak? Saya pun tak pastilah kenapa kat sini boleh kata hari-hari makan kacang panjang/buncis. Lepas tu di sini kerap makan daging. Ayam jarang sekali.
Ikan pula kalau ada ikan patin atau sejenis ikan-ikan air tawar. Ikan air masin tak pernah lagi saya makan kat sini.

Apapun BERSYUKUR. Kalau tak lalu makan, tak payah ambil makanan tu. Boleh beli kat luar hotel ada banyak kedai jual makanan. Makanan segera di sini sedap juga.

Tapi saya lihat, makin lama saya di sini makin ramai makcik pakcik yang makan megi. Sarapan pun makan megi!

Pengalaman-muassasah-haji-9

Biasa kalau hari Jumaat menunya special sikit.Macam di gambar ni special lah kan? Beras kat Mekah ni semua beras basmati. Layan.

Pengalaman-muassasah-haji-10

Ha nampak tak suami kita yang tengah gigih tuang air kopi tu. Ni port sarapan kami. Nampak tak ada lagi satu keluarga kat belakang tu? Masing-masing pakat bentang tikar kat luar bilik lepas tu berkelah. Rare kan? Kat sini je merasa pengalaman macam ni.Mana ada orang piknik kat koridor hotel weh.

Kadang tu kami beli makanan lebih sikit, ajak lah jiran-jiran makan sekali. Meriah. Udah macam kenduri!

Pengalaman-muassasah-haji-11

Kadang tu lepas Subuh ada juga warga Indonesia jual makanan di tepi-tepi  jalan. Harganya lebih murah dari yang dijual di kafetaria hotel. Menu pun macam-macam. Nasi ambeng, lontong, bakso pun ada. Tengah lapar tu memang rasa macam nak beli semua. Haha.

Pengalaman-muassasah-haji-12

Ni tempat sidai kain. Saya selalu basuh baju sendiri je. Tak hantar dobi pun sebab saya memang rajin. Haha. Bukan apa, dobi mahal. Tak kuasa nak keluar duit untuk dobi. Duit tu baik aku beli jubah. Lagi berbaloi kan.

Untuk ke tempat ni kena naik lif ke atas sekali sebab ni atas bumbung. Port paling cepat kering sebab panas ya amat.

Pengalaman-muassasah-haji-13

Port agak malas kat sini. Sidai kat tangga je. Pun boleh kering juga sebab berbahang tau area ni. Pandai-pandai lah sidai jangan timpa baju orang lain. Kang tak memasal dapat sumpahan free.

Pengalaman-muassasah-haji-14

Ni dobi hotel. Ada kat level bawah. Selai jubah dia kira 7 Riyal. Dalam RM9 duit kita.
Dia basuh dan siap gosokkan sekali. Saya tengok macam tak lah banyak sangat orang hantar sini. Masing-masing rajin membasuh macam saya gamaknya.

Pengalaman-muassasah-haji-15

Surau disediakan di setiap hotel TH. Jadi kalau tak ke masjid boleh solat di sini. Biasanya makcik pakcik yang uzur memang solat sini. Diorang tak larat nak ke masjid sebab jauh dan kalau naik teksi pun kosnya agak mahal.

Pengalaman-muassasah-haji-16

Ni sebenarnya tempat surau tadi. Surau ni jugalah dijadikan tempat taklimat atau ceramah agama. Ada banyak ceramah agama yang disediakan oleh pihak TH. Nak dengar atau tak je. Jadi tak lah rohani kita rasa kosong saja kan.

Pengalaman-muassasah-haji-17

Kaunter pengeposan barang. Kat sini kami hanya dibenarkan bawa 1 je beg besar. Jadi kalau shopping banyak, kena lah pos hantar balik Malaysia. Kadarnya 1kg = 16 Riyal. Dalam RM18.

Oklah kan harganya? Barang akan sampai dalam masa 2 minggu.

Pengalaman-muassasah-haji-18

Cepat. Selamat. Sampai. Saya pos barang ke Malaysia dah selamat sampai dah. Saya pos mainan untuk anak-anak. Kesian deme kena tinggal lama. Ish rindulah kat deme. Sob sob.

Pengalaman-muassasah-haji-19

Yang ni kaunter pos dekat hotel lain. Saja saya snap. Sebelah tu ada kaunter telefon I-Talk. Bolehla telefon orang kampung. Kadarnya ialah 1 minit = 1 Riyal.

Pengalaman-muassasah-haji-20

TH juga ada menyediakan Kaunter Pengeluaran Wang. In case kalau duit dah habis, jangan khuatir ya ibuk-ibuk. Bisa dibawa keluar wangnya di sini. Dia tolak terus dari akaun Tabung Haji kita. Pastikan ada duit lah kat dalam tu. Kalau tak ada duit, keluar asap je lah.

Pengalaman-muassasah-haji-21

Kalau sakit pergi je Klinik Maktab ni. Ada banyak klinik yang disediakan oleh TH di hotel-hotel yang berlainan. Macam hotel saya tak ada klinik. Jadi saya kena pergi hotel sebelah. Baru ada. Oh ya. Free je rawatan kat klinik ni.

Pengalaman-muassasah-haji-22

Di lobi hotel biasanya ada Pejabat Urusan TH. Kalau nak tanya apa-apa, boleh terus jumpa staff yang bertugas kat sini. Setiap hari deme ada duduk situ. Kecuali waktu solat deme off.

Pengalaman-muassasah-haji-23

Ni memang port kegemaran semua orang. Haha! Tapi saya tak mula shopping lagi. Tengah tahan je nafsu ni. Tunggulah lepas habis selesai haji baru nak melontar kat sini.

Kedai-kedai ni ada di sepanjang jalan nak balik hotel.Memang tergoda lah. Hari-hari lalu mata ni duk melilau sana-sini.Harga nya ok lah. Tapi orang sini kata lepas musim haji kedai-kedai pakat lelong je barang-barang. Haishh Syahirah. Tahan, tahan.

Pengalaman-muassasah-haji-24

Haa itulah sedikit sebanyak tentang kehidupan kami disini. Best tak? Pada saya, layankan aje. Jangan dilayankan sangat perasaan yang nak demand macam-macam. Enjoy saja and break the normal routine.

Ini permandangan seminggu sebelum haji. Padat tak? Boleh bayangkan kalau minggu haji macamana? Kalau jalan TAR pun kita sanggup tempuh, takkan lautan manusia begini kita tak sanggup ye dak?

Positif je. Yang penting jaga kesihatan fizikal, mental dan hati. Kat sini buat amal ibadat atau buat baik akan dapat 100,000 pahala. Dan kalau buat jahat pun akan dapat 100,000 dosa. Amacam?

Baca: Cara Ini Mungkin Boleh Bantu Mudahkan Anda Tawaf Sewaktu Dalam Keadaan Sesak

Pengalaman-muassasah-haji-25

Esok (30 Ogos 2017) kami dah bergerak ke Arafah. Cabarannya lebih kuat dan keadaan di sana sukar digambarkan. Kalau saya berkesempatan, saya akan kongsi pengalaman di sana ya. Tapi tak janji tau sebab nak fokus ibadat haji dan kat sana tak boleh cas handphone. Saya rancang nak tutup handphone saja sampai lah selesai haji. Jadi bateri handphone kena berjimat cermat lah kekdahnya.

Pesanan kepada pembaca

Sebenarnya tujuan utama saya konsikan cerita-cerita haji ini ialah saya nak rakan sebaya yang lebih kurang seusia saya berazam untuk pergi haji di usia muda. Utamakan haji dari kehendak yang lain macam rumah, jalan-jalan dan melancong ke luar negara.

Sebab kesian sangat bila lihat makcik pakcik tua yang buat haji. Diduga dengan masalah kesihatan dan mereka terkapai-kapai kat sini. Tak ramai yang boleh bantu sebab masing-masing nak buat ibadat masing-masing juga.

Haji ni sebenarnya kerja orang muda. Kalau lihat negara lain pun memang ramai yang muda-muda datang haji. Rugi sangat kalau tak datang sini dikala sedang bertenaga dan sihat.

Buat anda yang Teringin Nak Pergi Haji Cepat, Boleh Cuba Ikut 15 Cara Dan Panduan Ini. Baca juga  6 Pengalaman Berharga Yang Saya Perolehi Sewaktu Tunaikan Haji Pada Umur 20 Tahun