Malaysia sememangnya kaya dengan keindahan dan keunikannya yang tersendiri. Penawaran pusat peranginan, taman rekreasi serta pelbagai fasiliti lain antara yang membuatkan Malaysia menjadi pilihan para pelancong dalam dan luar negara.

Pada kali ini, Meelasia selaku content creator telah memilih untuk jelajah Malaysia untuk melihat sendiri serta merakam pengalaman yang diperoleh sepanjang perjalanannya. Beliau juga turut bekerjasama bersama beberapa selebriti terkemuka melibatkan Nabil Ahmad dalam menawarkan konten yang berkualiti buat para penoton.

Gaya editing dan sinematografi yang memukau ditambah pula dengan keindahan tempat yang dituju antara yang membuatkan anda tidak pernah jemu dengan video yang dimuat naik Meelasia. Untuk info lanjut, klik video dibawah untuk mula menonton dan mengikuti eksplorasi Meelasia mengelilingi Malaysia.

1. Seharian bersama Nabil Ahmad

Pada episod ini, Meelasia telah berkolaborasi bersama Nabil Ahmad untuk sama-sama bersenam dengan cara crossfit. Seterusnya, tiba giliran Nabil Ahmad pula mengajar Meel mengenai sukan papan luncur yang menjadi hobinya sejak daripada zaman remaja lagi. Nabil Ahmad turut mengupas mengenai bagaimana beliau mula memasuki industri hiburan serta masa depannya bersama industri ini.

2. Pulau Sapi

Meel pada kali ini telah singgah ke Sabah untuk melihat keindahan Pulau Sapi. Selain daripada aktiviti island hopping, Pulau Sapi turut menawarkan pelbagai aktiviti lain melibatkan parasailing serta jungle trekking. Anda pasti terpukau dengan keindahan Pulau Sapi ini.

3. Royal Belum

Sekiranya sebelum ini ramai yang mengetahui Royal Belum sebagai tempat rekreasi, Meel pada kali ini telah memilih aktiviti yang berbeza iaitu beramah mesra bersama penduduk Orang Asli yang menetap di Royal Belum. Tonton episod ini untuk melihat keriangan serta aktiviti yang dilakukan Meel bersama Orang Asli Royal Belum.

4. Pulau Cherating

Disaat orang ramai lebih memilih untuk melancong di pusat peranginan di luar negara, Meel telah memilih Pulau Cherating. Penawaran aktiviti surfing antara yang membuatkan Meel memilih Pulau Cherating disamping lokasinya yang tidak jauh daripada Kuala Lumpur.

5. Durian Pahang

Untuk mengetahui sendiri keunikan Durian Pahang, Meel bersama rakannya telah mengambil kesempatan berada di Pahang untuk mencuba buah ikonik ini. Mengetahui Meel sebagai pencinta alam, beliau turut berkunjung ke Sungai Pertak di Kuala Kubu Baru untuk melihat keindahan hutan simpan ini.

Terlalu banyak sebenarnya hidden gem yang tersedia di Malaysia ini. Terima kasih dan kami sangat menghargai Meel yang komited dalam memaparkan keunikan Malaysia sepanjang perjalanannya mengelilingi Malaysia.