Sebelum ini saya ada terbitkan artikel berkenaan bukit Phu Thap Boek, di Thailand di mana keindahan permandangannya sungguh awesome hingga boleh diibaratkan seperti berkhemah di atas awan. Tetapi destinasi kali ini juga tidak kurang hebatnya.

Baca: Berkhemah Atas Awan Di Phu Thap Boek, Thailand

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Buat anda yang memang suka dengan aktiviti lasak seperti hiking dan berkhemah, kali ini saya ingin memperkenalkan satu lagi destinasi yang cukup cool terletak di Indonesia. Saya yakin, ramai dikalangan traveller Malaysia suka berkunjung ke Indonesia. Selain daripada banyak destinasi menarik, makanannya pun sedap-sedap belaka.

Gambar: Instagram@gunungandong
Gambar: Instagram@gunungandong

Selain Bromo, destinasi sport lain di Indonesia yang menarik ialah Gunung Andong. Gunung Andong terletak di daerah Jawa Tengah. Ketinggian puncaknya tidak mencapai 2000 meter di atas permukaan laut. Ini bermakna anda boleh mendaki ke atas dalam masa tidak sampai 2 jam pun. Dalam erti kata lain, Gunung Andong adalah destinasi terbaik yang boleh dicuba buat mereka yang baru mula berjinak dengan aktiviti mendaki.

Gunung yang terletak di  Kecamatan Ngablak, Magelang, Jawa Tengah ini dikatakan berbentuk seperti lembu dan mempunyai 4 puncak. Yang seronoknya, lokasi Gunung Andong sangat hampir dengan Gunung Merbabu dan anda boleh nikmati keseluruhan pemandangan indah Gunung Merbabu di sini.

Selain daripada aktiviti melihat matahari terbit, permandangan di sebelah malamnya juga sangat mempersonakan. Walaupun Gunung Andong dilabelkan sebagai gunung paling ‘ringan’ untuk pendaki, tetapi mereka yang mahu ke sini haruslah mempersiapkan diri sebaiknya.

Gambar: Instagram@gunungandong
Gambar: Instagram@gunungandong
Gambar: Instagram@gunungandong
Gambar: Instagram@gunungandong

Paling best, di Gunung Andong juga terdapat hentian punca air yang boleh digunakan oleh pendaki untuk menghilangkan letih. Di atas puncaknya juga turut terdapat warung makan yang biasanya dibuka bila tiba waktu tumpuan pelancong.

Tak berkesempatan ke Phu Thap Boek? Gunung Andong boleh jadi gantinya!