Pulau Pinang merupakan antara destinasi pelancong dalam dan juga luar negara. Mana tidaknya, Pulau Pinang boleh dikatakan syurga makanan dan penuh dengan tempat menarik boleh dikunjungi.
Adakah anda tahu berdekatan Pulau Pinang terdapat satu lagi destinasi yang menarik untuk diterokai? Buat anda yang ke Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang untuk ke Pulau Jerejak.
Mesti anda tertanya-tanya apa yang menarik di Pulau Jerejak ini, bukan? Terbaharu, seorang pengguna Twitter @hazwanhfiz telah berkongsi beberapa keping gambar yang menarik di Pulau Jerejak. Apa kata ikuti penulisan ini untuk lihat kecantikan Pulau Jerajak ini.
Matahari terbenam di Pulau Jerejak berlatar belakang Pulau Pinang.
Tiada tempat lain di Penang yang kau boleh tengok betapa lawanya 'sunset'
Batu Ferringgi pun kalah. pic.twitter.com/zuMwJr7s7Q
— Hazwan Hafiz (@hazwanhfiz) March 12, 2020
Menurutnya, Pulau Jerejak adalah lokasi yang sesuai untuk melihat matahari terbenam yang berlatar belakangkan Pulau Pinang. Memang romantik jika melihat bersama pasangan.
Selain itu, setiap tempat di Pulau Jerajak sangat ‘Instagrammable’ dan pastinya kaki foto akan suka berkunjung ke sini untuk mendapatkan gambar-gambar yang boleh dikongsikan di media sosial.
Pulau Jerejak. Dengan sejarah lebih 150 tahun, menjadi pulau yang dilupakan.
Sehinggalah pada tahun 2004, resort pertama dibina di sini.
71% kawasan di pulau ini masih belum disentuh, dipenuhi hutan tebal. pic.twitter.com/K2KNgfKII0
— Hazwan Hafiz (@hazwanhfiz) March 12, 2020
Untuk pengetahuan anda, Pulau Jerejak berusia hampir 150 tahun ini sebenarnya pernah menjadi pusat kuarantin untuk penyakit kusta dan tibi serta memiliki sejarahnya tersendiri.
Terdapat banyak peninggalan sejarah yang ada di sini seperti pusat kuarantin, memorial tentera Russia, empangan lama, war bunker, gereja lama, kuburan lama, pusat tahanan, penempatan kusta dan tibi, dan juga penjara dan blok pentadbiran.
Voucer RM5.00 yang hangpa dapat sekali dengan tiket bot tadi tu boleh tebus ayaq kat 'Beach Bar' kat Pulau Jerejak ni.
Nak makan? Char Kuey Teow pun ada.
Pemandangan abang jamin menarik sebab dok tepi laut. pic.twitter.com/kEymac8nQX
— Hazwan Hafiz (@hazwanhfiz) March 12, 2020
Mudah sahaja untuk ke Pulau Jerejak ini, anda hanya perlu ke jeti Pulau Jerejak yang berdekatan Queensbay Mall. Harga tiket bot pergi dan balik berharga RM20 sahaja dan anda dapat baucar air RM5 secara percuma.
Bot beroperasi setiap sejam dan bermula dari 6.30 pagi hingga 12.30 pagi. Perjalanan dari jeti ke Pulau Jerejak dalam lebih kurang 15 minit dan satu bot hanya boleh memuatkan 56 penumpang sahaja. Sebelum terlupa, baucar yang anda dapat tadi boleh tebus di Pulau Jerejak.
Menarik atau tidak Pulau Jerejak ini? Jika anda belum pernah ke sini, anda harus berkunjung untuk menikmati keindahan dan kecantikan Pulau Jerejak ini.
Sementara itu, anda juga boleh ke beberapa tempat penuh sejarah di Pulau Pinang pada pautan di bawah ini.
Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar ‘Sungai Jernih’ Bersama Ikan Koi Di Pulau Pinang
Top 5 Kafe Di Pulau Pinang Yang Rakyat Kuala Lumpur Tidak Tahu
- SUMBER
- Hazwanhfiz