Pulau Pinang merupakan antara destinasi pelancong dalam dan juga luar negara. Mana tidaknya, Pulau Pinang boleh dikatakan syurga makanan dan penuh dengan tempat menarik boleh dikunjungi.

Adakah anda tahu berdekatan Pulau Pinang terdapat satu lagi destinasi yang menarik untuk diterokai? Buat anda yang ke Pulau Pinang, jangan lepaskan peluang untuk ke Pulau Jerejak.

Mesti anda tertanya-tanya apa yang menarik di Pulau Jerejak ini, bukan? Terbaharu, seorang pengguna Twitter @hazwanhfiz  telah berkongsi beberapa keping gambar yang menarik di Pulau Jerejak. Apa kata ikuti penulisan ini untuk lihat kecantikan Pulau Jerajak ini.

Menurutnya, Pulau Jerejak adalah lokasi yang sesuai untuk melihat matahari terbenam yang berlatar belakangkan Pulau Pinang. Memang romantik jika melihat bersama pasangan.

Selain itu, setiap tempat di Pulau Jerajak sangat ‘Instagrammable’ dan pastinya kaki foto akan suka berkunjung ke sini untuk mendapatkan gambar-gambar yang boleh dikongsikan di media sosial.

Untuk pengetahuan anda, Pulau Jerejak berusia hampir 150 tahun ini sebenarnya pernah menjadi pusat kuarantin untuk penyakit kusta dan tibi serta memiliki sejarahnya tersendiri.

Terdapat banyak peninggalan sejarah yang ada di sini seperti pusat kuarantin, memorial tentera Russia, empangan lama, war bunker, gereja lama, kuburan lama, pusat tahanan, penempatan kusta dan tibi, dan juga penjara dan blok pentadbiran.

Mudah sahaja untuk ke Pulau Jerejak ini, anda hanya perlu ke jeti Pulau Jerejak yang berdekatan Queensbay Mall. Harga tiket bot pergi dan balik berharga RM20 sahaja dan anda dapat baucar air RM5 secara percuma.

Bot beroperasi setiap sejam dan bermula dari 6.30 pagi hingga 12.30 pagi. Perjalanan dari jeti ke Pulau Jerejak dalam lebih kurang 15 minit dan satu bot hanya boleh memuatkan 56 penumpang sahaja. Sebelum terlupa, baucar yang anda dapat tadi boleh tebus di Pulau Jerejak.

ES6A3QgVAAA23CK

ES6A5fbU4AAmP8g

ES6A7m3UcAAOziK

ES7X3o6VAAACWMR

ETAMiWZUEAAlp_G

Menarik atau tidak Pulau Jerejak ini? Jika anda belum pernah ke sini, anda harus berkunjung untuk menikmati keindahan dan kecantikan Pulau Jerejak ini.

Sementara itu, anda juga boleh ke beberapa tempat penuh sejarah di Pulau Pinang pada pautan di bawah ini.

Tapak Ikonik Sia Boey, Pulau Pinang Bakal Berwajah Baru

Kisah Sebenar Di Sebalik Gambar ‘Sungai Jernih’ Bersama Ikan Koi Di Pulau Pinang

Top 5 Kafe Di Pulau Pinang Yang Rakyat Kuala Lumpur Tidak Tahu

Sumber