As salam.

Umum mengetahui bahawa jambatan tawaf sementara baru sahaja ditutup sepenuhnya pada 3 April 2016 bagi membolehkan kerja-kerja membuka komponen-komponen mataf sementara tersebut dilakukan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kerja-kerja itu dijangkakan akan mengambil masa selama sebulan dan selama jangka masa tersebut kerjasama daripada jemaah amatlah dituntut bagi membolehkan segala kerja berjalan dengan lancar dan yang paling penting adalah faktor keselamatan.

Saya melihat ianya bukanlah suatu kerja mudah kerana kawasan dataran tawaf tersebut tidak boleh ditutup sepenuhnya bagi memberikan laluan kepada orang lain melakukan tawaf.

Saya sempat lihat di televisyen semalam. Selepas sahaja ditutup, kawasan dataran tawaf mejadi sesak kerana kita tidak ada jalan lain untuk tawaf melainkan di dataran sahaja. Semoga Allah memudahkan segala urusan jemaah umrah dan juga tenaga kerja yang terlibat, Amin.

Saya membaca pelbagai komen daripada anda selepas mendengar temporary mataf itu ditutup dan akan ditanggalkan.

Rata-rata kelihatan begitu emosi dan sedih kerana mataf sementara itu telah mencipta sejarahnya yang tersendiri. Mencatat nostalgia indah di dalam hati sesiapa sahaja yang telah menggunakannya.

Masha Allah saya sendiri juga banyak kenangan di situ. Mataf sementara itu terlalu banyak membantu perjalanan tawaf kita menjadi mudah dan lapang tanpa perlu bersesak di kawasan dataran.

Tetapi tahukah anda bahawa mataf sementara itu pada awalnya ia dibina sebagai alternatif mengurangkan kesesakan kerana bangunan Masjidil Haram yang lama ketika itu telah ditutup secara berfasa selama tiga tahun untuk memberi laluan kepada projek perluasan kawasan tawaf (mataf) di dalam bangunan Masjidil Haram yang baru. Proses penambahbaikan dan menaik taraf ini adalah salah satu fasa dalam projek pembesaran Masjidil Haram.

Langkah bijak telah diambil oleh pihak pengurusan, konsultan dan kontraktor projek dengan mereka dan memasang struktur mataf sementara (temporary mataf) hanya untuk tempoh sementara. Keberadaan mataf sementara itu sedikit sebanyak berjaya membantu melancarkan perjalanan pembangunan projek perluasan kawasan tawaf kekal.

Proses dismantling mataf sementara sedang dijalankan (Gambar daripada page: FB Brunei Islam)
Proses dismantling mataf sementara sedang dijalankan (Gambar daripada page: FB Brunei Islam)
Proses dismantling mataf sementara sedang dijalankan (Gambar daripada page: FB Brunei Islam)
Proses dismantling mataf sementara sedang dijalankan (Gambar daripada page: FB Brunei Islam)
Proses dismantling mataf sementara sedang dijalankan (Gambar daripada page: FB Brunei Islam)
Proses dismantling mataf sementara sedang dijalankan (Gambar daripada page: FB Brunei Islam)

Sebelum itu, apa kata saya kongsi dengan anda ‘apakah itu mataf?’

Mataf bermaksud kawasan ataupun tempat untuk tawaf. Tidak semestinya ianya sebuah binaan. Kawasan dataran itu juga adalah mataf. Ataupun di mana sahaja kita bertawaf selagi ianya mempunyai gerakan tawaf di situ, bermakna ia adalah mataf. Boleh rujuk di sini.

Dengan ketiadaan jambatan mataf sementara yang telah 3 tahun berdiri utuh di sekeliling Kaabah, bermakna projek peluasan kawasan tawaf (mataf) sudah hampir tiba ke penghujungnya. Walaupun belum sempurna, menurut beberapa sumber, kawasan tawaf bertingkat ini akan dibuka dan mula digunakan pada bulan ramadan. Insha Allah.

Jom kita lihat apa yang istimewanya mataf yang baru ini nanti!

Projek peluasan kawasan mataf berobjektif untuk meluaskan kawasan tawaf di dataran Kaabah dan di dalam Masjidil Haram yang menyaksikan peningkatan jemaah umrah dan haji saban tahun.

Bangunan Masjidil Haram yang lama (yang dikenali sebagai First Saudi Extension) yang dibina dari tahun 1956 masihi hingga 1979 Masihi telah diruntuhkan bagi memberi ruang yang lebih luas untuk jemaah melakukan tawaf dengan selesa. Jika anda yang pernah datang melakukan umrah dan haji sebelum tahun 2012, pasti segar dalam memori akan adanya banyak tiang-tiang yang tinggi dan berkedudukan amat rapat di tingkat bawah dan tingkat satu dalam Masjidil Haram ketika itu. Beberapa tahun sebelum diruntuhkan, jemaah haji khususnya akan menggunakan segenap ruang yang ada dalam bangunan Masjidil Haram ketika itu. Bayangkanlah mereka terpaksa berhimpit-himpit di antara ruang yang kecil ketika itu sedikit sebanyak memberi kesukaran untuk melakukan ibadah tawaf.

Melihatkan situasi sedemikian, kerajaan Saudi ketika itu mengambil keputusan untuk meluaskan ruang di antara tiang-tiang di dalam Masjidil Haram dan mengatur semula kedudukan tiang-tiang yang menjadi tonggak struktur bangunan Masjidil Haram bagi membolehkan ruang yang selesa dan selamat untuk jemaah umrah dan haji melakukan ibadah tawaf di dalam Masjidil Haram.

Untuk merealisasikan projek perluasan kawasan tawaf ini, bangunan Masjidil Haram yang lama perlu dirobohkan dan dibina bangunan yang lebih kukuh strukturnya.

Bangunan Masjidil Haram yang baru ini nanti:

1. Akan mempunyai 5 tingkat! Wow. Ianya bermula dari bahagian dataran Kaabah, tingkat bawah, tingkat pertama, tingkat mezzanine pertama dan tingkat kedua (bumbung). Jemaah umrah dan haji akan dapat melakukan ibadah tawaf bukan sahaja di bahagian dataran Kaabah sahaja, malah boleh melakukannya di setiap tingkat sehinggalah di tingkat teratas sekali (bumbung).

2. Akan berkeluasan 160,000m meter persegi berbanding 111,500 meter persegi sebelum ini!

3. Boleh menampung seramai 262,000 orang untuk solat jemaah setiap waktu solat berbanding hanya 188,000 orang sahaja sebelum ini!

4. Akan membolehkan seramai 107,000 orang melakukan tawaf dalam tempoh sejam! Berbanding hanya 48,000 orang dalam masa sejam sebelum ini.

5. Manakala di kawasan saie, mampu memuatkan seramai 124,000 dalam tempoh 1 jam.

6. Setiap tingkat akan mempunyai kemudahan yang berlainan. Contohnya, tingkat untuk pejalanan kaki, pengguna kerusi roda yang ditolak dan pengguna kerusi roda elektrik akan turut dipisahkan mengikut tingkat.

7. Dataran kaabah bukan sahaja kembali lapang dan luas seperti dahulu malah akan bertambah keluasannya. Mashaallah..

Kekurangannya hanya mungkin pada lingkaran bulatan yang lebih besar dan luas. Oleh itu perjalanan tawaf akan menjadi lebih jauh.

Gambar sebelum projek pembesaran bermula. Keadaan jemaah yang sangat padat terutama pada bulan Ramadhan dan haji.
Gambar sebelum projek pembesaran bermula. Keadaan jemaah yang sangat padat terutama pada bulan Ramadhan dan haji.
Gambar sebelum projek pembesaran bermula. Keadaan jemaah yang sangat padat terutama pada bulan Ramadhan dan haji.
Gambar sebelum projek pembesaran bermula. Keadaan jemaah yang sangat padat terutama pada bulan Ramadhan dan haji.
Gambar sebelum projek pembesaran bermula. Keadaan jemaah yang sangat padat terutama pada bulan Ramadhan dan haji.
Gambar sebelum projek pembesaran bermula. Keadaan jemaah yang sangat padat terutama pada bulan Ramadhan dan haji.

Masha Allah setiap kemudahan yang disediakan oleh kerajaan Saudi dalam projek pembesaran Masjidil Haram tiada lain bertujuan untuk menjamin keselesaan dan keselamatan jemaah. Dengan penambahan ini, jumlah jemaah juga akan turut bertambah seiring dengan kemudahan yang disediakan.

Namun, seperti yang telah saya war-warkan di dalam entri sebelum ini, kita semua sedang berada di dalam tempoh pembinaan masjid yang masih belum berkesudahan. Justeru, pelbagai ketidakselesaan dan mungkin kesulitan akan kita rasai. Lebih lagi, dalam tempoh jambatan mataf sementara sedang dalam proses ditanggalkan (dismantling) sekarang.

Masjidilharam pada masa akan datang. InsyaAllah.
Masjidilharam pada masa akan datang. InsyaAllah.

Semoga ALLAH memudahkan segala urusan kita samaa ada sebagai jemaah umrah ataupun sebagai orang perseorangan yang jiwanya dekat dengan tanah barakah ini. Dan mari kita turut sama mendoakan agar proses pembesaran dan penambahbaikan Masjidil Haram berjalan lancar dan siap dalam tempoh yang telah ditetapkan. Amin.

Sumber: Daripada ‘seseorang’ yang terlalu dekat hatinya dengan projek pembesaran Masjidil Haram.

Puan Masnira juga berkongsi tentang kelas Al-Quran di Masjidilharam dan bagaimana anda boleh menyertainya. Untuk membaca lebih banyak kisah menarik tentang kehidupan beliau di Mekah, layari blog beliau di Cerita Dari Makkah.