Fenomena hujan turun di titik tertinggi lapisan ais Greenland minggu lalu untuk pertama kalinya mencetuskan kegelisahan kepada para pakar terhadap masalah pemanasan global yang mencairkan lapisan ais pada kadar yang membimbangkan. “Itu bukan tanda yang sihat untuk lapisan ais,” kata Indrani Das, ahli glasiologi dengan Observatorium Lamont-Doherty Earth Columbia University. “Air di atas ais adalah petanda buruk. … Ini menjadikan lapisan ais lebih rentan terhadap pencairan permukaan.”

Memetik Reuters, apa yang menjadi kebimbangan pakar adalah, air bukan sahaja akan menjadi panas di atas permukaan salji, tetapi ia juga bakal menjadi gelap – sehingga menyerap lebih banyak cahaya matahari. Situasi ini kemudiannya akan menyebabkan ais itu cair dan meningkatkan paras laut. Kejadian ais cair di Greenland sahaja sudah menyumbang sekitar 25% kenaikan paras laut dunia sejak beberapa dekad yang lalu.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Manakala fenomena hujan yang turun beberapa jam pada 14 Ogos lalu telah menyebabkan suhu di Greeland berada lebih tinggi dari paras beku selama sekitar sembilan jam, kata para saintis di Pusat Data Salji dan Ais Nasional AS. Untuk rekod, suhu di sana tidak pernah berada lebih tinggi dari paras beku. Tetapi dalam masa kurang dari satu dekad, situasi ini sudah terjadi sebanyak tiga kali.

Secara keseluruhan, 7 bilion tan hujan turun di Greenland selama tiga hari, dari 14 Ogos hingga 16 Ogos – jumlah terbesar sejak 1950. Situasi ini dilihat sebagai salah satu amaran bagaimana perubahan iklim mempengaruhi lapisan ais di Greenland. Bagi para saintis, fenomena ais cair dan hujan yang turun minggu lalu adalah disebabkan oleh corak peredaran udara – udara lembap panas menutupi pulau itu untuk beberapa waktu.

Selain itu, dengan fenomena kejadian alam seperti banjir, kebakaran hutan dan situasi ekstrem yang lain. Fenomena ini adalah salah satu dari banyak ‘tanda amaran’ yang perlu diberi perhatian oleh semua orang dalam menjaga bumi yang semakin hari, semakin tenat.

Tiga lokasi di Malaysia bakal tenggelam menjelang 2050. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Tiga Lokasi Di Malaysia Bakal Tenggelam Menjelang 2050

Lihat Bagaimana Pemanasan Global Mengubah Bentuk Muka Bumi Switzerland Secara Drastik

Mengapa Kita Perlu Risau Jika Hutan Amazon Musnah Dalam Kebakaran

Sumber