Sebuah video berdurasi 20 saat mula viral di media sosial apabila kelihatan sebuah kubur dilaporkan mendap dan mengeluarkan cecair merah seperti warna darah.

Ciapan yang dimuat naik oleh Pang Chinn Fei di laman Twitter peribadinya menyatakan bahawa kejadian tersebut terjadi di Masjid Al-Irfan Derga, Alor Setar, Kedah.

https://twitter.com/CHINNFEI/status/1307541319921803264

“Laporan polis dibuat jemaah Masjid Al-Irfan Derga di Alor Setar susulan kejadian kubur berhampiran mendap dan mengeluarkan cecair merah seperti darah,” tulisnya di laman Twitter miliknya.

Dia yang juga bekerja sebagai wartawan di Buletin Utama tidak memberi kenyataan yang lebih jelas mengenai punca mengapa kubur tersebut mendap dan mengeluarkan cecair berwarna merah.

Sejak dimuat naik beberapa minit yang lalu, ciapan tersebut mendapat reaksi dari netizen dan kebanyakan daripada mereka bertanya bagaimana kejadian ini boleh terjadi.

Melalui laporan Harian Metro, ahli kariah masjid, Alias Ishak, 40-an memberitahu bahawa mendapan tersebut sudah ditimbus oleh jemaah masjid dan berharap agar kisah kubur yang didakwa ‘berdarah’ tidak ditularkan sehingga menimbulkan fitnah.

Manakala Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Nor Azman Mohd Noor memberitahu Harian Metro bahawa penjelasan mengenai kejadian terbabit masih belum diterima dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Difahamkan, jenazah itu dikebumikan kira-kira dua minggu lalu, dan dia difahamkan jemaah masjid sudah melawat kubur berkenaan serta mengesan cecair merah di atasnya tetapi tidak pasti cecair apa.

Untuk bacaan lanjut, klik pautan di bawah.

Gara-Gara Tidak Pakai Pelitup Muka, 54 Individu Dihukum Renung Kubur Mangsa COVID-19

Kisah Penggali Kubur Mangsa COVID-19, Kerja 15 Jam Sehari Dengan Upah Sebanyak RM1,200

Sumber