Gempa bumi di Turki telah menghancurkan banyak bangunan dan memakan banyak nyawa. Menurut Pertubuhan Kesihatan Dunia, gempa bumi yang berlaku di Turki dan Syria ini mungkin telah mengorbankan sehingga 20,000 nyawa.

Bagaimanapun, apa yang menarik perhatian umum dan meninggalkan persoalan misteri dikalangan masyarakat dunia adalah kelakuan aneh beberapa jenis haiwan sebelum kejadian gempa bumi tersebut.

Di dalam beberapa video yang tular di media sosial, dilaporkan bahawa segerompolan burung ditemui terbang tanpa arah tujuan beberapa saat sebelum gempa bumi menggegarkan bumi Turki.

“Di Turki, tingkah laku aneh diperhatikan pada burung sebelum gempa bumi,” tulis akaun Twitter OsintTV sebelum kejadian gempa kuat dengan magnitud 7.8 sekitar jam 4.00 pagi waktu tempatan.

Kemudian pada 1.24 tengahari, Turki sekali lagi digegarkan oleh satu lagi gempa bumi besar dengan magnitud 7.5.

Selain burung, sebuah lagi video yang tular menunjukkan seekor anjing di Turki melolong agak kuat beberapa saat sebelum gempa bumi besar di Turki sehingga membuatkan sebahagian orang merasa hairan dengan tingkah laku tersebut.

https://twitter.com/UnboundFenris/status/1622648259700195343

Sebahagian netizen merasakan bahawa ia adalah sebahagian daripada amaran kepada manusia bahawa sesuatu yang buruk akan berlaku dan tidak lama selepas itu, gempa bumi berlaku di Turki.

“Anjing ini di Turki sebelum Gempa Besar… cuba memberi amaran kepada mereka tentang bahaya yang akan berlaku,” tulis akaun Twitter UnboundFenris. “Sebelum gempa bumi bergegar. Mereka (anjing) adalah hadiah kepada manusia dan kita harus lebih menghargai mereka,” tulisnya dalam video tular itu.

Untuk rekod, mayat mereka yang terkorban dalam gempa bumi di selatan Turki pada hari Isnin telah ditinggalkan di jalan sementara usaha mencari dan menyelamat diteruskan oleh pasukan penyelamat.

Dilaporkan lebih 7,000 orang kini dilaporkan terkorban di Turki dan utara Syria, yang turut musnah akibat gempa itu, manakala Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberi amaran bahawa beribu-ribu kanak-kanak mungkin antara yang mati.

Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan pula telah mengumumkan situasi darurat selama tiga bulan di 10 wilayah yang paling teruk terjejas akibat gempa bumi.

Beliau berkata langkah itu akan membolehkan pasukan penyelamat dan bantuan kewangan disalurkan secepat mungkin ke kawasan yang terjejas.

Kini lebih 70 negara telah menghantarkan bantuan ke Turki, tetapi terdapat kemarahan yang semakin membuak di beberapa tempat, di mana mereka gusar dengan bantuan yang sampai tidak cukup pantas.